10 August 2011

Wanita Dan Memasak

Assalammualaikmu wbt.

Wanita ataupun perempuan ataupun dalam bahasa saintifik islamicnya kaum hawa ini memang tak dapat dipisahkan dengan aktiviti memasak. Kenapa? Aku pun tak tahu.

Tapi cuba kita tengok, chef yang banyak-banyak kat dunia ni kebanyakkannya lelaki. Contohnya,


Chef Wan di Malaysia

Chef Gordon Ramsay Top 10 Chef

Tapi kenapa perempuan/wanita tak boleh jadi chef terkemuka macam chef-chef diatas. Maksudnya tukang masak.

Persoalannya ialah siapa yang selalu masak kat rumah kita? Mak? Mama? Ibu? Ummi? Wanita right? Lelaki macam mana pula? Kebanyakkan lelaki ataupun keluarga kita sendiri seperti abang, ayah, adik lelaki jarang masak dirumah. Tapi kalau diorang masak memang sedap. Betul tak?

Itu hanya pendapat aku lah. Tapi apa yang aku nak cakap kat disini ialah sebenarnya perempuan mestilah tahu memasak. Bak kata nenek aku, perempuan kalau tak reti masak tak boleh kawin. So, aku yang nak kawin ni mestilah reti masak. Memang aku reti pun. Ye..!! Aku reti lah. Haha.

Kenapa? Sebab nanti nak jaga makan minum suami dan anak-anak lagi. mestilah kena reti masak. Takkan nak suruh suami pulak yang masak. Apelah. Tak sanggup aku, kesian suami aku nanti kena masak untuk aku pulak. Kalau sekali-sekala tak pelah jugak. Hehe.

Aku takanak lah jadi macam jiran aku, tak reti sangat masak. Hampir setiap hari makan kat kedai. Hish. Tak baik untuk kesihatan.Bila dah 4-5 tahun kawin, baru nak belajar masak. Dah terlambat lah. Kalau dibuatnya suami cari perempuan lain, baru tau. Hehe. Masa tu baru nak menyesal. Jeng3.

Jadi, saya menyeru kepada semua yang bergelar wanita marilah kita mula belajar memasak. Tak kisahlah masak apapun. Janji kita ada skill masak tu. Jangan sepatah haram pun tak reti. Kang mak mertua suruh masak, baru nak belajar. Kena reject baru tau..hehehe..dan pada lelaki-lelaki ini, janganlah kamu pun tak reti masak juga. Belajar juga, if nanti isteri tak ada at least ada la jugak skill nak masak tu.

Sekian dari saya yang sedang berjinak-jinak untuk belajar memasak dari semua orang yang pro memasak. Salam.

*aku nak suami yang pandai memasak. hehe.*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...