16 September 2013

A New Person of Me

Assalammualaikum. Hai..

Ya Allah lamanya tak update blog. Hampir 6 bulan tertinggal macam tu je. Bila tengok balik rasa sedih je sebab baca-baca semua post tu. Rajinnya dahulu tak semacam sekarang. Nak tengok icon Blogger ni pun aku malas. Padahal tekan je.

Semester 5 sudah tiba. Sepanjang percutian semester 3 bulan lepas, banyak yang aku pelajari. Kawan baru aku dapat. Ilmu baru aku dapat. Macam macam belajar. Memasak, buat kek, buat pastri dan buat hantaran. Semua aku belajar. Sikit pun tak rasa rugi bila tak kerja cuti 3 bulan tu. Sebab bukan cuti saja saja. Cuti yang dimanfaatkan dengan banyak pelajaran yang bakal aku guna pada masa dewasa nanti.

A new person of me! New semester new person. Aku janji dengan mama nak jadi seorang yang rajin. Nak kurangkan balik ke rumah melainkan cuti yang betul betul lama. Almaklumlah tiket bas dah naik harga. Semester 5 tahun 3. Woah! Sekejap masa berlalu untuk ke tahun 3 ni. Gain more than losing it. Semester 5 yang berbaki 3 semester lagi. InshaAllah akan dimanfaat sebaik mungkin. Tiada lagi istilah main dalam kamus hidup belajar.

Banyak yang akan menunggu di masa depan. InshaAllah tahun depan habis training Suksis. Aku akan ditauliah sebagai Inspektor Sukarelawan Polis (ISP). Semoga masa itu akan ku kunjung tiba. InshaAllah. Perjalanan latihan selama 4 semester lepas bukan masa yag singkat. Banyak mengajar aku erti kepimpinan dan erti usaha gigih. 2 semester berbaki ni akan aku manfaatkannya.

Aku berharap sangat aku akan jadi manusia yang lebih baik dan baik di masa akan datang. Moga moga. Habislah celoteh yang macam touching ni. InsaAllah akan aku update dari semasa ke semasa kalau ade masa lapang. Bye. Assalammualaikum.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...