29 November 2011

Kembali Merapu :)

Assalammualaikum wbt.

Bukan kembali nak merapu. Kembali nak talk-talk. Story morry dengan you alls la. Boleh kan? Haha. Lama kan blog ni berhabuk, tiada cerita menarik. Ada, tapi tak tahu nak dikembangkan macam mana. *gaya macam tak pernah blogging kan*

Haha. Abaikan. Okay, sekarang saya cik fazira yang comel nak kemukan satu topik yang boleh dikupas. Tajuknya ialah 'Apa tujuan pelajar belajar?' Macam berat kan? Pasti semua antara kita pernah belajar kan? Apa tujuan sebenar kita. Kita tahu tak? Tepuk dada tanya kenapa.

Tujuan belajar :

1) Nak banggakan ibu bapa
Ini paling utama la kan. Mula-mula inilah niat pertama. Amboi...siap nangis-nangis lagi, janji macam-macam la kan. Itu lah, ini lah. Bila dah masuk belajar, ibu bapa dilupakan. Nak telefon seminggu sekali pun susah. Susah ke? Senang je. Call girlfren, boyfren boleh pulak kan. Haha. Okay, aku tak ade boyfren, so tak terasa pun. Haha. Bila nak mintak duit laju ke masing-masing. Time belajar, bukan main tak ingat lagi parents masing-masing. Tak paham aku.

2) Nak capai cita-cita
Perghhh...ni niat paling menggunung ni. Nak capai cita-cita. Pasti semua pun ada rasa macam ni kan? Normal lah tu. Tapi tak semua orang dapat realisasikan tujuan ni. Tapi majoriti dapat. Lagi-lagi di universiti. Tapi tak mustahil, ada jugak yang tersasar. Tapi cuba fikir, cita-cita je ada, tapi usaha tak ada. Agak-agak tercapai tak cita-cita tu? Renungkanlah.

3) Untuk future yang lebih baik
Ini aku kurang setuju. Tak bermakna, orang yang success tu hidup dia baik akan datang. Dan tidak semestinya yang tak berjaya tu tak success in their future kan? Tapi kebanyakkan orang yang berjaya dalam pelajaran akan berjaya dalam kehidupan. Tapi mama aku selalu cakap macam ni, education pun penting, tapi cara kita bawak diri dan cara kita survive in future dan usaha lagi penting. Betul..!!

Sebenarnya, tiada apa sangat pun yang aku nak kupas, cuma aku nak beritahu kat sini yang tujuan-tujuan yang aku bakal ketengahkan ni lebih penting.

1) Ikhlaskan hati demi Allah
Pertama, ilmu yang kita tuntut ilmu Allah. Apapun datang dari dia. Bukannya milik lecturer or siapa-siapa. So, keredhaan darinya lebih penting.
Kedua, ingatlah bahawa bila kita ikhlaskan hati belajar demi Nya, banyak hasilnya. Dapat keredhaan, kejayaan dan insyaAllah success in your future.
Ketiga, janganlah belajar demi nak berjaya dalam exam je. Tak berkat semua tu. Buang masa je. Allah tak redha, ilmu tak berkat, apapun tak dapat.

2) Balas jasa ibu bapa
Pertama, mereka yang besarkan kita, jaga makan minum kita. Ingat, baik buruk pun mereka, mereka yang berkatkan kita untuk belajar. Tanpa mereka tak masuk sekolah kita, tak masuk universiti kita.
Kedua, dengan duit dan hasil usaha mereka kita dapat masuk universiti, sekolah, kolej. Jadi, selalulah hubungi mereka. Mungkin mereka lega kita dah sambung belajar, tapi ingatlah bahawa mereka sentiasa susah hati bila kita tiada di depan mata kita. Segala tindak tanduk kita, mereka tak dapat lihat. Jadi, selalulah hubungi mereka. Sedapkan hati mereka.
Ketiga, ingatlah darjat mereka lebih tinggi dari segalanya. Tanpa mereka, masyaALLAH tiadalah kita yang bijak pandai ini. Ingatlah mereka walau dah berjaya sekalipun.

Sekian sahaja dari saya. Tak suka bebel panjang-panjang. Renung-renungkan dan selamat berfikir sedalam-dalamnya sehingga tenggelam. Hehe. Okay, assalammualaikum.

17 November 2011

Terima Kasih

Assalammualaikum wbt.

Saya FARAH FAZIRA BINTI KAMARUZAMAN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang wish saya pada hari kelahiran saya semalam, 16/11/2011 samada di facebook, messaging, blog or dimana-mana sahaja. Terima kasih sangat-sangat. Jasamu amat kuhargai. Hehe. Terutamanya pada :

  • Fifi Amin, yang mana berada dimana-mana sahaja saya berada.
  • Shakira, Azizi dan Dalila yang membawa saya berjalan-jalan di bandar Kuantan. Thanks, i have a nice with you guys.
  • Akmal Haziq yang jawab call yang free tu tidak henti-henti
  • Amirruddin yang buat aku hargai erti PANGGILAN PERCUMA
  • Khairul Azlan, yang beri saya happy dan suka nak sembang-sembang dengan awak.
  • Housemateku, Fatihah, Lela, Lina, Ain, Kak Sha, Eyza dan Diana untuk suprise birthday supper yang simple dan best.
  • Mama, papa dan adik yang wish awal-awal lagi seawal 12/11/2011.

Terima kasih anda semua. :))

Sekian sahaja dari saya. Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...