08 August 2011

Apa Ertinya Puasa Macam Tu??

Assalammualaikum wbt.

Pagi Jumaat hari tu tengok rancangan motivasi pagi. Ustaz tu ada cakap mengenai bulan Rmadhan yang mulia ini. Banyak sebenarnya yang dicakapkan. Tapi apa yang nak disentuh sedikit disini ialah apa gunanya kita berpuasa jika.........

1) Tidak solat fardhu
Ye la. Cuba kita renungkan disini. Rukun Islam ada 5 kan? Solat 5 waktu sehari semalam yang keberapa? 2 kan? Puasa bulan Ramadhan? 3 right? So, mana lebih important? Solat kan? So, apa guna kita puasa penuh 30 puluh hari jika solat lima waktu kita yang 5 waktu sehari semalam tu tak lengkap. Tak guna, baik tak payah puasa. Lagi bagus..!! Senang cerita puasa kita yang 30 hari ini tak ada berkatnya pun.

2) Buat perkara yang tak berfaedah
Di sini amat mengecewakan lah. Tidur disiang hari. Ramai orang ingat tidur di bulan puasa adalah ibadah. Aku ada la review beberapa ustaz tentang perkara ni. Kebanyakan mereka ada cakap, tidur ini adalah bersebab. Contohnya, kita ada kerja nak dibuat lepas ni. So, kita nak berehat dan ambil tenaga dari tidur. So, tidur kita ialah tidur ibadah. Lagi satu, tidur yang tidak mengabaikan ibadah. Disini, maksudnya ialah tidur dengan berpada-pada. 30 minit dah cukup. Jangan sampai tertinggal solat.

Di dalam perkara ini juga, perkara yang tidak berfaedah juga merujuk kepada sesiapa yang terlampau taksub dengan duniawi. Contohnya, kerja siang dan malam sampai tak ingat waktu solat dan sebagainya. Konon nak carik duit untuk raya. Alasan semata-mata.

3) Amalam sampingan tidak dilakukan.
Amalan sampingan disini bermaksud bertadarus, berterawih, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Yang important ialah berterawih sebenarnya. Walaupun ia tak wajib tapi solat terawih ini hanya ada ketika bulan Ramadhan sahaja. Why not kita manfaatkan bulan ini hanya untuk berterawih. Dalam bulan Ramadhan inilah kita nak banyakkan ibadah kita. Contohnya, bertadarus. Sehelai sehari pun jadilah. Lagi bagus kalau dapat sehari satu juzuk. Itu lebih berkat.

Berzikir? Bukan susah pun. Sebut nama Allah yang 99 pun dah memadai. Kan islam agama yang mudah. Buat apa nak complicated kannya. Bersedekah. Tak payah nak carik rumah anak yatim sangatlah. Bawak makanan semasa moreh pun dah dikira sedekah. Sedekah pada jiran-jiran makanan bulan puasa pun dah dikira sedekah. Mudah? Semudah ABC. Kan?

4) Mazmumah sentiasa menguasai diri.
Mazmumah? Maksudnya, perkara yang tidak baik. Marah, hasad dengki, harapkan balasan. Semua tu perlu dielakkan. Apa guna kita penat lelah puasa sepanjang hari tapi kita asyik nak marah orang lain. Asyik nak dengki dengan orang lain. Asyik buat kerja tak ikhlas dan jujur. Tak guna. Sia-sia je amalan puasa kita nanti.

Pengajarannya, bukan sahaja bulan puasa kita kena buat amalan-amalan tu. Bulan-bulan lain pun sama. Kekalkan amalan kita, moga-moga sentiasa diberkati. Apa yang kita buat yang penting ialah niat kita pada Allah SWT. Ikhlas atau tidak. Right? So, aku mengingatkan diri aku dan rakan-rakan yang lain juga. Sama-sama kejar keberkatan bulan Ramadhan ini.

Sekian sahaja dari saya yang belum cukup sempurna ini. Salam.

*apapun yang kita buat, pastikan niat kita tepat hanya kerana Allah SWT*

2 comments:

H.J said...

yang paling tidak berguna adalah tidak solat fardhu tu..

shida said...

agreed. semoga kita n kekawan dan org sekeliling tak buat perkara2 diatas...berusaha menjauhi IA..~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...