05 August 2011

Sabar Ada Tahap

Assalammualaikum wbt.

Hari ini stress nak mampuss. Sehingga sekarang aku masih stress. Mata aku tak berhenti berair menandakan aku sangat mengantuk. Mengantuk tahap dewa lah. Haha. Apa yang mengantuk sangat? Tidur pukul 2 bangun pukul 5. Kira berapa jam? Kira..!! 3 jam right? Memang. In semua angkara nak melepaskan gian dah lama tak chat ngan kawan-kawan.

Semalam chat menyembang lah dengan Mior Chantek dan A'an Mekdi tentang apa ntah. Merapu ape ntah. Hehe. Actually, si Mior Chantek tu ada cerita nak dikongsikan. So, berceritalah si Mior tu.


Cerita punya cerita aku pon ngantuk tahap dewa dan aku pun tinggalkan mereka chat. Aku pun selamat lah lelapkan mata. Tiba-tiba dah pukul 5. Apasal cepat sangat ni. Sahur time..!! Time sahur tutup mata sambil makan nasi. Aduh. Sakit mata woo...

Lepas sahur, tak ada can nak tido lah. Sebab, nak cepat khatamkan alquran. Aku pun gagahkan diri baca dengan penuh istiqamah. Tengok jam pukul 6.30. Adus...ngantuknya..

Tak dapat tidur sebab banyak sangat kerja. Aku pergi basuh kain, jemur kain, lipat kain, basuh pinggan. Tengok jam pukul 7.30. Adus..mata bertambah berair. Tak boleh pakai spec sekarang. Nanti abes mata aku effect sana sini. Kena kejut adik, kerja drebar mari..........kejutkan my sis, mandikan, pakaikan baju dan hantar dia.

Apa yang menguji tahap kesabaran aku ialah hari ini tannak naik motor pulak. Nak naik kereta. Okay, start enjin dan jalan. Jalan punya jalan. Tengah sedap dengar lagu Sudirman kat radio tiba-tiba my sis menangis. Aikkk...aku pun pelik..

Tannak pergi sekolah pulak. Takkan aku nak patah balik pulak, malas lah. Aku hantar je dia. Pandailah cikgu dia handle. Sampai sekolah dia menangis. Makin geram aku cubit sikit. Aku cakap dah besar tak boleh nangis. Tak malu ke dengan kawan-kawan. Adus....makin syok dia nangis.

Tahap kesabaran teruji dia lari masuk kereta balik. Pelik ni..tak pernah dia buat perangai macam ni. Geram betul dibuatnya. Aku pujuk dia baik-baik dan janji macam-macam lah. Maklumlah first year puasa. Hehe. So, aku janji lah petang aku bawak jalan-jalan. Pergi bazar beli air tembikai.

Dia nampak okay. Dia masuk sekolah dia. Tiba-tiba bila langkah aku sampai je dekat entrance..............huarrrgggggggg......nangis lagi. Kali aku rasa nak lepuk je muka dia. Aku masuk dan pujuk lagi. Muka teballah. Semua parents yang hantar anak kat situ pandang je. Aku tak ada jalan lain. Call nenek aku. Yes...!!

(Loudspeaker)
Nenek : Assalammualaikum. Kenapa kakak?
Fara : Adik nangis, tolong pujuk nek. Hehe.
Nenek : Ouh. Adik kenapa nangis? Adik puasa tak?
Adik : Taknak pergi sekolah. Nak tido kat rumah. Mengantuk. Puasa.
Nenek : Orang puasa tak boleh nangis. Nanti kurang pahala puasa. Tengok upin ipin dia pergi sekolah tak nangis pun. Adik kan budak baik. Jangan nangis. Kakak banyak kerja tu. Nanti balik sekolah kakak ambil adik ye? Petang pergi beli makanan berbuka ye. Kakak belanja. Cakap je nak apa.
Adik : Hmmmm.. (teresak-esak)

Kali ni reda sikit. Okay, aku balik lah dengan hati yang tenang. Dan...update blog ni. Kerja tak siap lagi. Huahua. Persoalannya. Bila aku boleh topup tidur aku balik???

Sekian cerita dari hati yang sabar ini. Salam.

*eppp....tang yang kakak belanja tu aku tak tahan nak dengar. Pandai betul nenek aku ye..!!*

4 comments:

rahimah.Y said...

hahaaha haiyoooo memandu dlm keadaan ngantok2 ehhh??

Cik Fazira Chumel said...

haah kak mah...sampai aku tak sedar aku tak pakai spec...

A'an said...

Tidur awal hari ni ye kak. Jangan nak semabng2 sampai larut malam lagi dah.. Ehehe~

ahnaf1992 said...

kakak takleh nk pujuk. kena nenek jugak yg pujuk ea. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...