04 August 2011

Ustazah dan Aku

Assalammualaikum wbt.

Sudah lama tak update blog terchenta ini. Apa khabar la gaknya kawan-kawan yang active berblogging ye? Harap semua sihat-sihat belaka. Tak ada yang menarik pada saat ini lagi, cuma ada sesuatu yang ingin diceritakan.

Semalam kebetulan waktu pergi terawih di surau terserempak dengan seorang nenek ni. Dah tua da pun. Agak bongkok jugak la. Kesian aku tengok. Tetiba rasa insaf. Sebab, nenek setua itu yang macam tak larat masih mampu pergi solat terawih. Tak macam remaja kini, lebih selesa duduk rumah daripada solat terawih berjemaah kat surau atau masjid.


Sesampai je kat surau tu, aku pun carik lah tempat duduk. Duduk dekat saf dan tak perasan sebelah aku ialah nenek tadi. Bila aku toleh je, tengok nenek tu tengah berzikir dengan tasbih dia. Terharu lagi. Aduh. Aku pun cepat-cepat bukak mathurat aku dan baca.

Agak-agak baru sampai tengah aku baca, ada 2 orang budak dalam lingkungan umur 7-8 tahun duduk sebelah aku. Haish..!! Apa lagi?? Budak-budak tu pun....

Budak 1 : Kakak ni rajin betul lah pergi surau. Baca apa tu?
Budak 2 : Alquran lah..Kan kak?
Aku : Tak lah. Ni mathurat. Tapi dalam dia ada juga ayat-ayat alquran yang lazim macam doa.
Budak 1 : Oooooo...Akak, muka akak bersih la. Tak ada jerawat. Kakak saya muka dia penuh jerawat satu muka.
Budak 2 : Yeke? Kau ada kakak ke? Oh..kakak kau yang tu...aku ingat...
Aku : Eh, ye ke? (actually muka aku blushing)
Budak 2 : Akak nama apa? Rumah kat mana? Pergi surau naik apa?
Budak 1 : Eh kau ni, banyak betul soalan.
Aku : Hehe. Nama akak Fara. Duduk dekat depan tu je. Jalan kaki je datang surau.
Budak 1 : Kenapa jalan kaki?
Aku : Jalan kaki pergi surau kan dapat pahala. Surau kan rumah Allah. Setiap satu langkah kita dah dapat satu pahala. Lagi-lagi kalau niat kerana Allah. Lagilah. Adik pergi surau ni solat ke tak? Ke nak tunggu moreh je..hehehe..
Budak 2 : Nak solat lah. Tapi tak reti sangat nak baca apa semua. Lagi-lagi solat jemaah ni.
Aku : Ikut je. Tak apa. Budak-budak lagi. Nanti belajar lah sikit-sikit. Suruh mak ke ajar.
Budak 1 : Mak keje la kakak. Ayah pun keje. Kakak la ajar kitorang.

Azan Isyak pun berkumandang. Tak sempat aku nak ajar diorang. Aku pun duduk je. Tiba-tiba...

Nenek : Anak ni sekolah mana dulu?
Aku : Saya? Sekolah Asrama dekat Melaka. Kenapa?
Nenek : Tidak. Ingat sekolah agama. Cita-cita jadi apa?
Aku : Huh? Doktor gigi. Tapi tak kesampaian, jadi jurutera je lah. Hehe. Kenapa?
Nenek : Asal tak jadi ustazah je. Nenek tengok tadi bagus kamu mengajar budak-budak tu.
Aku : (dalam hati) Bila pulak aku ajar budak-budak tu? Alamak..!! Ustazah pulak.
         (luar hati) Hehe. Insyaallah jika ada rezeki nanti.
Nenek : Nenek doakan kamu jadi jurutera yang islamic. Bekerja berlandaskan agama. Insyaallah. Aminnn...
Aku : Terima kasih nenek.

Serius..!! Aku terharu dan automatically teringat nenek aku. Ahhhh...rindulah pulak kat nenek. Balik je dari solat terawih aku call nenek dan story mory dengan nenek pasal tadi. Nenek kata kalau doa nenek tadi makbul, aku kena carik dia lepas aku berjaya nanti. Cakap terima kasih. Insyaallah.. Lepas tu nenek aku cakap dulu nenek aku memang nak sangat aku jadi ustazah ataupun guru agama. Haish. Masa dah berlalu. Tak boleh patah balik dah. So, apa aku akan jadi selepas ini hanya yang aku perlukan ialah doa dari semua sebagai pengiring supaya aku berjaya. Insyaallah..!!

Sekian sahaja cerita dari saya yang merapu dan terharu. Salam.

3 comments:

Mior Syabab said...

Insyaallah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Aku tgh mnunggu ke Jordan ni ^^

Farah Fazira said...

bia betul kau..?? aku doakan kau berjaya..insyaallah..

NA_SR said...

ahsant2... =)
moga2 jd jurutera yg islamic... doakan aku jd Pentadbir yg islamic...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...