21 August 2011

Aku Takut Lori Besar

Assalammualaikum wbt.

Tadi aku terpaksa teman papa aku pergi amek kereta dia kat bengkel seseorang ni. Kelmarin accident. So, orang yang langgar papa aku bayar ganti rugi dan dia repairkan kerosakan kereta kesayangan aku tu.

So, aku terpaksa drive kereta kelisa tu malam-malam. Memang agak lemah sikit drive malam-malam. Tapi aku kuatkan semangat jugak. Sebab aku rabun silau kuat sangat, so, bila drive malam mata aku sensitif dengan cahaya terang. Even pakai spec pun tetap sensitif.

Apa yang membuatkan aku makin cuak ialah aku ditinggalkan papa jauh dibelakang. Mentang-mentang lah kereta kelisa manual. Lambatlah aku drive dengan keadaan macam tu lagi. Tetiba ada 3 buah lori pasir potong. Lepas tu aku tengok kat cermin atas, kat belakang pun ada lori pasir.


Takut...!! Besarnya lori tu. Tetiba nangis. Awww...macam mana ni. Kelibat kereta waja papa dah tak nampak. Nampaknya kena survive sendiri lah. Aduh. Tolong..!! Lori besar himpit saya. Tolong....

Sampai rumah, mata dah berair gila. Pelik..aku kan tough, asal takut dengan lori hah? Sebab lori besar, kereta kelisa aku kecik je. Himpit sana, himpit sini. Makan jalan pulak tu. Takut. Dah la sorang-sorang, Rasa nak berhenti je tepi jalan tunggu semua lori bla. Huhuhu.

Mama dah gelakkan aku, tapi muka suara dia nampak risau. Mujur tak apa-apa kan. Papa pun gelak jugak. Kata papa,

"Bukan lori tu makan kau pun."


"Memang lah. Dia bawak pasir, kalau pasir tu tumpah, matilah kakak. Tak sempat nak jumpa papa, mama dan adik. Huhu. Nak raya...... *sambil nangis*"

Tapi bila fikir balik, dulu uncle yang ajar aku bawak kereta tu dia cakap, jangan risau lori tu tak hentam kita punya. Lagi-lagi bila nampak perempuan bawak. Hehehe.

Cakap la apapun, yang penting aku takut lori besar. Amaran keras untul lori besar, terutama lori pasir, tolong jangan himpit kereta kelisa saya serta saya di jalan raya. Terima kasih.

Sekian dari saya yang takut lori besar. Salam.

*lori sampah pun aku takut..takut kena lenyek dengan sampah2 tu..*


4 comments:

Mior Syabab said...

haha. naseb kereta aku besar, boleh fight dengan lori. ^^


*kau hon jela lori tu. hon ada apa guna. hehe

A'an said...

Aku faham perasaan kau.. Tapi comel lah kakak ni..

Mungkin kau dah sememangnya sedih/penat tapi kau tak luahkan. Jadi benda remeh temeh pon boleh buat kau nangis.

nur syuhada said...

same la kte weh..pling benci klu ada lori or bas yg dkat dgn aq time drive.

Cik Fazira Chumel said...

mior : ta sempat nak hon, aku dah nangis..huhuhu

aan : betul..aku sensitip..

syuhada : betul takut kene lenyek..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...