23 August 2011

Mama Cakap Aku Sensitip

Assalammualaikum wbt.

Tadi lepas balik je dari terawih aku citer la dengan mama pasal aku nampak budak jalan kaki. Jalan kaki? Macam ni citenye.

Dari malam semalam aku sakit kepala. Lepas berbuka dan solat maghrib aku pergi la kedai beli panadol. Naik motor je. Malas nak drive takut macam ular aku drive kang. Menangkap betul sakit kepala ni. Tiba-tiba, aku nampak beberapa orang budak jalan kat tepi jalan tu bawak beg nak pergi solat terawih. Mula-mula macam terharu, lepas tu aku terfikir. Kat taman diorang tak ada surau, so diorang terpaksa lah jalan kaki pergi surau kat taman aku. Jarak jauh macam dari stesen bas Banting nak ke The Store. Jauh....



Serba salah pulak. Macam mana ni, aku slow kan motor dan tanya.

Fara : Nak solat kat mana dik?
Adik 1 : Kat taman suria.
Fara : Okay, hati-hati ye.

Dalam hati, kalau aku bawak kereta dah lama aku tumpangkan diorang. Asal lah ada halangan ni. Bila aku start solat je, aku terfikir diorang. Selamat ke? Ape ke? Risau ni. Dah tu, aku rasa macam nak pergi jenguk je.

Bila balik rumah, aku cerita kat mama. Air mata dah mengalir dah.

Fara : Mama tadi waktu kakak pi kedai kan, nampak sekumpulan budak jalan kaki dari taman angkasa nak ke surau kita. Jauh ma. Kalau kakak bawak kereta dah lama kakak tumpangkan diorang.
Mama : Yeke? Ala..takpe. Mungkin tak ada rezeki. Doa diorang selamat okay? 
Fara : Serba salah ma. *nangis*
Mama : Aikkk..asal sejak akhir-akhir ni kau sensitip semacam je kakak. Pelik ma.
Papa : Hati dah lembut kot.
Adik : Hati lembik dan merah la papa.
Fara : *gelak sambil nangis*

Okay, serius. Sebelum ni aku memang jenis susah nak menangis. Tapi sejak akhir-akhir ni, sensitip betul lagi-lagi bila orang hurtkan hati aku dengan perkataan dan perucapan. Huhu. Sedih, rasa nak nangis je time tu. Tapi....takut orang pandang. Malu....dah besar pun nangis..

Tapi, aku ingat moyang aku cakap. Bila kita mula rasa sensitif atau cepat kecil hati maksudnya kita dah matang. Kita nak orang hormat kita. Kita nak orang faham apa kita rasa. Hurm. Tapi bukan lah menangis melampau pun. Cuma rasa sebak je. Simpan dalam hati. Macam tu lah aku. Huhu. :'(

Hurm. Apapun aku doakan agar budak-budak tadi selamat pergi dan selamat balik. Insyaallah.


Sekian dari saya yang cepat sensitip. Jangan sergah saya..!!. Salam.

*Hati lembik bukan aku, hati batu pun bukan. Hati lembut mungkin. Haha*

4 comments:

H.J said...

haish..dah matang benor la tu..

Cik Fazira Chumel said...

belum...gelak macam budak2..hahahah..perangai macam budak skit...lagi skit je kot nak matang...60/40..hahaha

rahimah.Y said...

Kak,saya baru je beli bju kurung.simpati tak kak?huhu

Cik Fazira Chumel said...

tak...at least beli..dari yg pkai bju taun2 lalu..lagi aku tacing tengok dorg..lagi2 yg somalia tu..haish..tacing lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...