19 August 2011

Sharing is Caring

Assalammualaikum wbt.

Lama sudah tak update blog ni. Lama lah sangat kan. Hehe. Sempena sambutan Nuzul Al-Quran hari rabu lepas, alhamdulillah dapat jugak selesaikan membaca alquran sehingga juzuk 17 sama dengan hari berpuasa. Alhamdulillah. Dengan adanya roh dan jasad ini, dapat jugak melaungkan ayat ayat suci alquran itu.

Sekarang ini persoalannya bukan pasal membaca alquran. Ini pasal berkongsi. BERKONGSI. Kenapa perlu berkongsi, mesti lah perlu tapi bukan sebarang perkongsian. Ada perkongsian yang dibenarkan. Contohnya, ilmu. Ilmu perlu dikongsi dengan sesiapapun. Jangan kedekut ilmu. Macam ni ceritannya,


Hari selasa hari itu, aku ada bersembang dengan seseorang melalui telefon. Dia ada berkongsi sedikit tentang kisah Habil dan Qabil. Katanya dibacanya dalam alquran. Kalau tak silap Surah Al Maidah ayat 27-32. Kagum dengan penceritaannya aku pun bukak la tafsir alquran dan baca semula tentang pengkisahannya.

Kisahnya simple tapi cara dia bercerita sungguh lah dramatik. Amboi...comel je. Keikhlasan terpampang kat pada suaranya. Padahal dalam telefon je. Malam itu, selepas solat terawih dia ada telefon lagi bercerita pula tentang 3 nama serangga yang ada disebut dalam alquran iaitu labah-labah, lebah dan semut. Kalau nak suruh aku cerita kat sini memang panjang. Hehe.

Tiba-tiba terdetik pulak kat hati, kenapalah dia ni beria-ia sangat telefon aku, habiskan kredit hanya untuk cerita benda-benda tu. Punnn...aku tanya lah. SMS je pun.

Fara
Salam. Awak, kenapa susah telefon saya malam-malam, siang-siang hanya untuk cerita macam-macam cerita.  Nasihat macam-macam. Kata-kata semangat. Dan yang paling saya suka ialah semua penceritaan ada pengajaran walaupun hanya kissah dongeng je. Kenapa ye?


Encik A
Wslm. Sharing is caring. Lagipun saya cerita tu hanya saja suka-suka. Nak kongsi ilmu, mana tau salah, awak boleh betulkan. Betul?


Fara
Ouh. Okay. Sharing is caring. Thanks for the share and care.


Encik A
Pleasure. I do care more than share.



Okay. Itu yang aku ta faham. I do care more than share. Okay. Take care. Haha. Itu aku tau la. Take care!! Tapi apapun thanks to encik A bukan nama sebenar kerana berkongsi cerita dengan saya. Hehe. Aww..terharu lah. Nanti saya kongsi dengan awak pula ye. Saya sedang cari cerita lah ni. Hehe.

Tak kisahlah apapun ilmu yang kita ada, kongsi lah dengan rakan-rakan dan sesiapapun. Bukan sahaja dapat pahala malah ilmu kita akan lebih bertambah. Betul tak? So, kat sini aku pun nak kongsi jugak lah apa yang aku tahu. Tak banyak tapi memadai lah. Sharing is caring.

Tips bersahur :
1) Jangan makan makanan berempah, nanti susah proses penghadaman. So, boleh menyebabkan kita sakit perut.
2) Waktu bersahur, hendaklah kita makan bijirin seperti roti, biskut, oat. Bijirin lambat cerna, so, kita akan lambat lapar.
3) Bangun bersahur dan jangan tidur semula kerana apabila kita tidur, makanan akan dihadam. Dan bila bangun kita akan rasa cepat lapar.
4) Gosok gigi selepas bersahur, jika tidak, enzim sisa makanan yang tetinggal di dalam mulut akan dicerna dan membuatkan kita cepat lapar.
5) Minum air bersusu supaya membekalkan tenaga pada kita untuk berpuasa.

Sekian sahaja perkongsian dari saya yang masih jahil lagi. Salam.

*I do care more than share*

2 comments:

Mior Syabab said...

Eh, encik A? siapalah agaknya tu kan. hehe

A'an said...

Tersenyum je aku baca. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...