15 August 2011

Marah Lagi Comel

Assalammualaikum wbt.

Cerita ini bukan rekaan iainya adalah realiti. Harap mengerti. Haha. Merapu. Okay, hari Sabtu lepas papa ajak kami sekeluarga berbuka puasa di Hotel Impian Morib. Berbuka puasa ala-ala buffet. Hehe. Seronok tak terhingga. Hehe. Tapi apa yang pelik ialah Hotel Impian Morib tu punya dekat je dengan rumah. Dalam 30 minit sampai, tapi aku boleh tertidur dalam kereta. Maklumlah bukan aku yang drive, so rehatlah. Hehe.


Ni bukan cerita pasal tidur. Ini cerita adalah pasal itu kejadian aneh yang berlaku di hotel tersebut jam 8 malam. Jeng3. Haha. Dalam pukul 7.50 malam macam tu aku pergi ke surau hotel tu nak solat maghrib. masuk je, tengok ramai orang betul. Aku keluar balik dan melepak dekat kolam ikan depan surau tu dulu.

Sedang asyik melepak, tiba-tiba ada seorang mamat ni datang duduk kat situ jugak. Aku senyum je dengan dia. Hehe. Hensem bro. Dekat leher dia ada camera DSLR. Perh. Itu yang menarik tu. Dia sibuk ambil gambar ikan kat kolam tu. Aduh. Terliur aku tengok camera tu. Hehe.

Tiba-tiba dia tegur aku.

Abg Hadi : Hye. Assalammualaikum. Nama saya hadi. Panggil je hadi.
Fara : Oh hye. Waalaikumussalam.
Abg Hadi : Nama apa?
Fara : Panggil je fara. Kita kenal ke? *aku pun musykil kenapa aku tanya soklan ni*
Abg Hadi : Mestilah tak kenal. Minat dengan camera macam ni tak?
Fara : Minat gila. Tapi tak mampu nak beli lah. Huhu.
Abg Hadi : Umur berapa? Blaja kat mana?
Fara : 19. Bulan 9 masuk degree. Kamu?
Abg Hadi : 21. Tengah belajar kat KLMU. Ni balik cuti-cuti. Saya ambil fotografi.
Fara : Oh. Abg lah ni.
Abg Hadi : Haah. Panggil abg ekk..tapi kamu muka macam dah berumur la. Muka matured. Panggil nenek ponn boleh kan??
Fara : Nenek? Huh..!! Adik sudah. *muka marah sebab aku tak suka orang panggil aku nenek*
Abg Hadi : Alololo. Jangan la marah. Lagi marah lagi comel. Hehe. Nak try camera ni?
Fara : Hehehehehehe. Nak..!!

Suka..!! Highlight ye. Lagi marah lagi comel. Gedik sebentar. Haha. Tapi yang aku puas ialah aku dapat pegang camera dia. Dapat ambil gambar banyak pakai camera dia. Gambar adik aku, gambar dia dan gambar ikan kat kolam. Huahuahua.

Lepas tu dia macam mesra gila dengan adik and family aku. Siap borak-borak lagi. Hehe. Padahal..!! Baru je kenal kot. Haha. Pastu kitorang pusing hotel tu malam-malam ambil gambar semua. Dan akhirnya selesai. Tapi highlight sekali lagi. Dia langsung tak ambil gambar aku. Sebab aku cakap aku tannak. So, dia faham.

Sebelum balik dia mintak number phone aku. Aku tak kasi. Nak tau macam mana aku cakap,

"Fara, nak number." - Hadi

"Ta payah lah. Sorry." - Fara

Macam tu je. Dan sebelum balik tu, dia ada kasi aku kad dia. Aku tak tengok, terus masuk dalam beg sandang aku. Balik aku bukak, ada number handphone, email. Semua siap..!! Fuhh.. Hebat betul. Apa yang hebat?? Merepek je lah. Kitorang berpisah macam tu je. Harapan nak jumpa lagi memang tipis. Haha. Tapi aku tau macam-macam tentang dia. Sebab dia bagitahu. Hehe.

Nama : Muhammad Hadi bin Abdul Halim
Umur : 21 tahun
Belajar : KLMU (Fotografi)
Rumah : Cheras. Tapi kampung dekat Banting.
Apa yang dia cakap : Suka air jagung, warna biru, tak suka membazir, suka bola team Malaysia, tak berapa nak sosial, puasa cukup, solat cukup. *errr...perlu ke yang solat dan puasa tu??*

Tapi sampai saat ini, aku tak contact pon dia. Tak sms mahupun call. Biar lah. Itu sekadar kawan macam tu je. Tak ada yang istimewa pon. Kenal macam tu je kan? Yang aku suka tentang dia, peramah, baik, murah hati, hormat orang tua dan suka buat lawak. Hehehe. Bukti, dia cakap aku comel. Menipu betul. Hehe.

Kat sini aku ada sediakan sikit gambar yang aku sempat ambil waktu berbuka bersama keluarga. Gambar dia tak ada. Hehe.






Sekian sahaja dari saya yang gembira sebab DSLR. Salam.

*aku tau dia menipu cakap aku comel. haha. yang penting makanan kat hotel shedap. papa jom pegi lagi. hehe*

9 comments:

kaizen said...

ramai yg gunakan DSLR tok takel awek skang... terbukti dgn kisah awk nih... hehehe...

H.J said...

haha..logik gak komen kaizen tu..

A'an said...

Ahahahahahaha comel je. :D

rahimah.Y said...

Hehehe,sekali rupanya die baca blog kau ni

Cik Fazira Chumel said...

kak mah, merapu lah kau..ape lah..

kaizen, memang logik jugak..tapi sy takkan terpengaruh punya..hahah..suka pada camera je..orangnya tidak..

cIk PikA said...

haha.. pika pon suke sgt laki yg ade DSLR.. semarttt

The Trio Aunties said...

waaa fara, ana buleh bayang cnner enti bercerita. kelaka laaaa :))

Cik Fazira Chumel said...

hahah...dey, mana ada aku pulak yg brcinta..brcinta dgn allah je buat masa ni... :)

A'an said...

Kakak Fazira oii, sape pulak cakap kau berCINTA tu? Trio Unties tu cakap berCERITA lah. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...