06 August 2011

aku ke kau?

Assalammualaikum wbt.

Hari ini mood sangat baik pada permulaan dan bertukar menjadi geram dan bengang. Tapi bulan puasa, aku cakap juga dalm hati 'sabar..!!'. Kenapa?

Walaupun aku mendapat tidur yang cukup dan aku kembali bersemangat tetapi ade seseorang menjatuhkan semangat aku. Ape punya orang dah kau..

Tadi aku pergi tolong mama beli barang kat econsave pasayara termurah, kononnya.... Lepas tu dah la ramai orang, staff a.k.a pekerja kat situ macam semua kena PMS je. Ape kejadahnya. Kalau orang ramai tanya jawab lah baik-baik. Ini nak marah-marah pulak. Banyak pulak barang-barang yang takde. Hish. Menyusahkan betul.

Tengah sedap-sedap pilih barang sambil dengar lagu di telinga *cucuk earphone* tiba-tiba.........

"Apa pasal lah ramai orang pulak hari ini. Lepas tu sibuk nak tanya-tanya. Carik sendiri lah..!!! Ingat aku tak ada kerja lain ke??!!"


Ade ke patot sebagai seorang pekerja cakap macam tu kat pelanggan. Tak ada manner betul. Masyarakat..!! Hish. Berapi aku dengar. Lepas tu aku cepat-cepat nak bayar. Kebetulan barang yang aku beli ade limit. So, kenelah beli 3 satu resit. Mama suruh beli 18. Jadi 6 kali scan lah. Scan punya scan, aku pun tanya lah cashier tu.

Aku : 3 je ke? bukan limit 6 ke?
Cashier : 3 lah..!! Kau tak tahu ke????!! *nada marah*

Aku rasa macam nak cepuk je minah ni. Aku tanya punyalah baik, dia boleh marah aku depan papa, adik n ramai orang kat situ. Kan tu tempat umum. Dengan selamba aku jawab,

"Tanya je. Salah ke?"

Terdiam kau..!! Dalam beberapa minit pastu, kitorang pun keluar. Dan baru aku sedar, aku beli 18 biji dia salah scan untuk 27 biji. Aku pun masuk dalam dan bagitahu lah. Dia dengan muka taik kambing gurunnya, panggil seorang lagi staff suruh selesaikan masalah ni. Oppsss...ni salah siapa ekk? Aku ke engkau??

Tak pasal-pasal aku kena pergi pejabat dia dan tengok camera CCTV confirmkan samada aku tipu atau tak. Ya Allah, bulan puasa kot. Tak terniat dihatiku nak menipu. Dia pun check balik CCTV dan jumlah barang dan aku bebas..!! Nasiblah hero malaya papa aku ade. Kalau tak dah nangis dah tu. Hehe.

Dan dia pulangkan ganti rugi pada aku. RM24.75. Banyak tau, kalau aku tak perasan dah rugi dah tadi. Lepas tu, ntah ape ntah manager tu cakap dengan cashier tu. Sebelum aku keluar dari pejabat tu, aku cakaplah ngan manager tu,

"Jangan buang pekerja tu ye. Mungkin dia tak sengaja."

Manager cakap,

"Insyaallah. Maaf sekali lagi bagi pihak cashier itu"

See...sapa yang mintak maaf?? Cashier ke manager? Manager..!! Sapa yang buat salah? Cashier ke aku ke manager ke? Cashier.....dan aku pun mintak maaf jugak pada cashier tu walaupun aku tak buat salah.

Dan ayat terakhir aku cakap ialah, "Customer is always right. You have to be more mannerly next time"

Pengajarannya, walaupun kita penat or ape sekalipun. Kita kena hormat orang lain. Macam mana orang tak hormat kita jika kita tak hormat orang lain. Apa-apapun kita yang kena mulakan. Senyum maniskan muka dan jangan emosional tak tentu pasal. Siasat dulu sebelum bertindak melulu.

Sekian dari saya yang kembali gembira setelah bebas dari tuduhan. Salam.

*manager econsave hensem..!!*

2 comments:

A'an said...

Owh aku nak pegi lah econcsave nak buat hal kat situ.

*semata mata nak jumpa manager kau cakap hensem tu.. Hehe.

H.J said...

cun tak cashier tu?ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...