14 August 2011

Hari TER Sedunia Untuk Aku Je

Assalammualaikum wbt.

Hari ni semua benda serba tak kena.

Mula-mula, TERbangun sahur lambat. Dalam 5.20 baru bangun. Ada kerja lepas tu, aku boleh pulak TERtidur lepas sahur. Dah 14 hari puasa aku tak pernah tidur lepas sahur or subuh. Ni first time aku TERtidur.

Tidur punya tidur sampai TERlewat bangun solat subuh. Harapan nak pergi surau berkecai. Pukul 6.30 baru aku bangun. Solat punya solat lepas tu ingat nak terus mandi lah. Tup2. Aku TERtidur balik kat sejadah. Apakah? Apa yang tak kena ni.

tertidur gini lah



Bangun je terus pi mandi, dalam pukul 8 jugak bangun. Selesaikan kerja rumah semua. Lepas tu mama suruh pergi Banting beli barang sikit. Aku pun pergi dan TERlupa nak bawak duit. Patah balik amek duit sambil-sambil dalam ingatan ingat barang yang dipesan.

shopping time. shopping lah sangat

1) Udang sederhana
2) Tepung kastard
3) Sayur bayam seikat
4) Ayam seekor
5) Coklat masakan
6) Susu cair Ideal 3 tin
7) Santan RM2

Tapi aku TERbeli

1) Udang besar - alasan : udang sederhana dah abes
2) Tepung kastard - betul
3) Sayur bayam 3 ikat - alasan : econsave jual 3 ikat.
4) Ayam seekor - betul
5) Coklat masakan - betul
6) Susu cair Marigold 3 tin - alasan : lupa. :(
7) Santan RM4

Balik je. Baru je sampai rumah, aku explain punya explain kat mama aku dan tup2 kena marah. Aku pekakkan telinga dan cakap TERbeli TERlupa dan tak sengaja. Haha.

Penat gila lah. Lepas tu mama suruh pergi hantar kuih kat rumah makcik aku. Aku konfius dan TERsalah hantar. Yang makcik aku sorang ni pulak pergi ambil je tanpa tak ada perasaan. Tiba-tiba makcik aku yang punya kuih tu telefon cakap kuih tak sampai lagi. Dah dekat 2 jam tunggu. Hehe.

Aku pun pergi balik rumah makcik 1 dan hantar ke rumah makcik 2. Sekian. Maaf ye makcik-makcik. TER la..sorry..dan sorry diterima.

Lepas tu baring-baring lah. Penat. Lepas tu TERtidur lagi. Dan baru tersedar lepas terjaga yang aku TERtinggalkan handphone dekat rumah makcik 2. Dan dengan segera pergi ambil. Drive tanpa cermin mata, terkebil-kebil aku. TERlupa nak pakai lah.

Sampai je rumah, papa perli aku. TERlewat sampai ekk?? TERtidur ye tadi? Apa lagi yang TER?? huhu. Mama pun perli, semuanya TER hari ni.

Kesimpulan, hari ini semua serba tak kena. Apapun semua ini takdir kan. So, redha je lah. Daripada tangki minyak full tinggal separuh je. Kuat berjalan betul kereta ni. Hish.

Sekian sahaja dari saya yang TERupdate blog ni. Hihihi. Salam.

*esok tak buat lagi dah. huhu*

3 comments:

Mior Syabab said...

hoho. dasat giler TER kau. kalau hari-hari mcm tu mmg kena pelangkung la jwb nye. hehe. sabar ye ^^

FIPPER TONGGEK said...

susah kalau semua ter macam ni

→![N.I.N.A]!←™ said...

lebih kurang macam nina , mesti kena ade senarai barang nak beli . tapi selalunya yang dibeli tu lebih dari senarai . ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...