04 August 2011

Lelaki Dan Kerja Rumah

Assalammualaikum wbt.

Tadi lepas berbuka, sepupu aku datang rumah. Katanya nak berbuka sama tapi terlewat pulak. So, dia kata dia nak la bersolat terawih bersama ngan aku. Dia ni lelaki. Nama dia dirahsiakan atas sebab aku tak mintak izin dia nak ngumpat dia kat sini. Assume je nama dia Syazwan Zulkifly. Hehe. Dia sebaya dengan aku. (19 tahub lewww)

Hurm. Lepas je makan gila-gila kitorang pun bersembang. Dia tanya aku, pukul berapa nak pergi terawih. Aku cakap biasanya aku pergi dalam kul 8.30pm. Dia pun on je nak ikut aku. Lepas tu, aku bangun lah pergi basuh pinggan kat dapur. Dia ikut. You know what?? Dia tolak aku dari sinki basuh pinggan tu dan tolong aku basuh semua pinggan.

Wallawehhhh..terharu betul. Katanya yang penanam anggur macam aku, kat rumah dia bukan macam ni sebab ada bibik. So, tak boleh lah nak basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju dan macam-macam lah.

Fara : Wey, kau kat rumah basuh pinggan ke?
Syazwan : Tak..!!
Fara : Asal kau tetiba je rajin??
Syazwan : Sebab kat rumah aku tak ada peluang ni. Bibik aku tak kasi. Dia marah betul kalau aku buat kerja rumah. Dia cakap ayah aku tak kasi, mama aku tak kasi. Ntah. Aku tak paham betul.
Fara : Adik-adik kau pun dia cakap benda yang sama ke?
Syazwan : Adik-adik aku? Ye lah. Hurm. Aku ni macam kena kongkong je duduk rumah.
Fara : Tak apelah. At least nanti bila kau kawin kau boleh bantu isteri kau. Barulah romantik kan? Nabi pun bantu isteri baginda buat kerja rumah. Dan bukan semua lelaki nak buat kerja rumah. Kan?
Syazwan : Haha. Kau taknak kawin ngan aku? Aku pandai buat kerja rumah. So, tak payah lah kau susah-susah. Hahaha.
Fara : Hish. Geli aku dengan kau. Kau kan dah berpunya. Hehehehe
Syazwan : No comment.

Perbualan tamat macam tu je sebab dia dah masuk bab kawin. Tapi apa yang aku kagum dengan dia ialah aku ingat lagi waktu kat kampung dulu dia tolong nenek sidai kain tau. Pehhh..hebat betul lelaki ni. Now, dia dah balik dah. Aku call nenek aku story morry pasal Syazwan.

Nenek cakap Syazwan memang rajin. Untung siapa dapat dia. Untung juga siapa dapat aku. Haha. Aku pun rajin juge. Hehe. Promote diri. Nenek cakap, Syazwan pandai buat kerja rumah. Sidai kain, lipat kain.

Kata nenek, kalau compare aku lipat kain dengan dia punya lipatan, dia punya lipatan lebih kemas. Hehe. Syazwan rajin jugak tolong bersihkan kebun. Selalu bila balik kampung memang dia akan tolong nenek. Untung siapa dapat dia. Berulang kali nenek cakap ayat tu tapi aku tak ada persaan.

Apa yang aku kagumnya, bukan semua lelaki nak buat kerja rumah. Ada lelaki yang langsung taknak buat. Kononnya tak macholah basuh pinggan. Tapi bagi Syazwan, tak kisahlah kerja apapun janji dia prepare before dia kawin. Maksudnya, dia nak tolong isteri dia. Woooo...best betul dapat suami macam tu. Haha.

Lelaki macam tu lah yang aku nak. Bukan sahaja taat perintah Allah, hormat ibu bapa, bertanggungjwab tapi tahu buat semua kerja rumah. At lesast boleh ringankan beban aku. Hehehe.

Sekian sahaja cerita dari saya tentang Syazwan Zulkifly saya. Salam.

3 comments:

A'an said...

Owh. Syazwan Zukifly. Hang eja salah tu. Pegi betulkan cepatt!!

Cik Fazira Chumel said...

makaseh aan......kau pun slah juge...Syazwan Zulkifly..

RAFIQAH SHAHIRA said...

besh2.. aku klu jd ko pun kagum seyh..tp laki ni pelik kdg2 bila dia suke wt sesuatu kat org tibe2 je die tak suke wt cmtu kat is3 dia..alasan nak is3 jaga mkn minum, pakaian, dan segalanya.. kira nak hdup dalam kebajikan yg is3 provide la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...