25 August 2011

Sepanjang 25 hari

Assalammualaikum wbt.

Hari ini masuk hari ke 25 aku menolong mama terchenta buat tempahan kuih raya disamping tak melupakan tanggungjawab sebagai muslimah. Hehe. Jadi, selama 25 hari lah masa tidur aku jadi pendek. Bangun pukul 5 tidur pukul 12. Memang pendek. Sampai mata aku pun dah macam panda. Bengkak semacam je.


Tapi pertolongan itu amat ikhlas sekali. Kalaulah aku boleh bersuara lantang,

"Mama, kakak tolong mama ikhlas. Tak perlukan apa-apa ganjaran. Doa pun dah cukup."

Tapi, mama aku ni degil sikit. Sama macam aku. Hekhek. Soooooo, aku terima je duit gaji yang mama beri sebanyak RM300. Jumaat ni bank in kat bank rakyat tersayang. Duit elaun matriks tak tersentuh lagi. Hope duit-duit yang terkumpul ini boleh bantu aku dalam kesusahan nanti. Insyaallah.

Actually, kerja tak selesai lagi. Banyak lagi yang tergendala. Tapi mama cakap, esok last. Tak payah tolong dah. Kemas mengemas biar mama buat. Kau tidur je. Ambil rehat yang cukup. Terima kasih mama. Tapi......nak tolong jugak..!! Anyam ketupat...yeay..!!

Banyak yang aku lalui sepanjang 25 hari ini. Kadang-kadang aku ada jugak curi tulang tidur. Tapi tak sempat punya sebab mama akan check aku. Huh..!! Kadang-kadang buat kerja tak ikhlas. Hentak sana. hentak sini. Tapi nenek cakap,

'Keikhlasan itu penting, barulah apa yang kita buat diberkati Allah'

Macam-macam lah yang terjadi. Kerja yang paling aku suka ialah bila packing kuih-kuih tu. Suke..!! Rasa puas je tengok semua dah siap. Dan seperti biasa dari awal lagi mama dah cakap dah,
"Alang-alang kakak dah pandai bawak kereta, kakak hantar semua kuih mama pada supplier ye?"

"Okay ma..!! Bereh..."

Dan kenangan yang kurang seronok sikit ialah apabila aku sangat mengantuk dan kerja aku tak memuaskan hati mama. Memang dapat free je marah tu. Tak payah bayar pun. Hehe. Tapi tak ambil hati pun.

Sehingga ke hari ini keseronokan itu tak akan hilang. Semua kenangan tak akan aku lupakan. Pengalaman terindah dalam kamus hidup cik fazira. Hehe. So, lepas ni aku boleh lah ceburkan diri dalam bidang bisnes ni. Harapan je lah..!! Tannak ponn.. :P Terima kasih mama sebab beri peluang yang terindah ini. Sayang mama...!!

Sekian sahaja dari saya anak mama yang ikhlas. Salam.

*keikhlasan sesekali pun tidak boleh dibayar*

4 comments:

mizz_pua said...

aiyooo..best kan bile kita tgk hasil kita..mcm tue la aq...even x cukup tdo..kam0o memg anak yg baik...

Mior Syabab said...

uiyoo..menimbun-nimbun duit kau yerk. bolela nak ngendeng dekat kau duit raya. HAHAHA

rahimah said...

untung ler dpt buat kuih lg, seronok pe..buat ngan mak..:">


aah la mior, leh la kan fara ..selamat hari raya*salam* hahaha

apa2 pon,wolkem to the club(panda)
hahahaah

Farah Fazira said...

hahaha..mior, mne bley..duit smpn untk mse dpn..hekhek..
kak mah, mnggu dpn aku tak jd panda dah..aku nak pkai pelekat bwh mata ni..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...