21 August 2011

Lelaki vs Perempuan

Assalammualaikum wbt.


Kenapa lelaki vs perempuan? Nak lawan buat apa kan? Semua ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Pernah tak dengar ni,

Perempuan mampu buat kerja lelaki, tetapi lelaki tak mampu buat kerja perempuan

Women can do two things in one time

Bukan macam tu sebenarnya. Banyak pendapat orang yang kurang matang berkata.

Pendapat 1
Perempuan boleh buat semua kerja lelaki tapi lelaki tak boleh buat kerja perempuan contohnya mengandung. Lelaki tak boleh. Perempuan boleh buat dua kerja dalam satu masa contohnya bekerja dan masih ada masa nak jaga anak suami.

Pendapat 2 
Perempuan ni leceh la semua nak perfect je. Macam lah kaum lelaki ni tak boleh buat kerja. Tengok...!! Chef kat dunia ramai lelaki. Perempuan?? Gynecologist kat dunia ni ramai lelaki. Perempuan?? Mana?? Pupus??

Ini bukan soal kau kurang atau aku pandai or else. Ini adalah berkenaan dengan perempuan dan lelaki saling melengkapi. Hendaklah saling melengkapi. Setiap manusia kan ada kekurangan. So, bila dia kurang kita lengkapkan lah. Janganlah saling nak menyalahi. Macam situation ni.

Suami : Awak ni tak pandai masak lah. Menyesal saya kawin dengan awak.
Isteri : Alah awak tu kerja je asyik berhenti. Saya jugak yang kena sara keluarga ni.

Isteri : Abang ni asyik duduk je. Cuba lah tolong jaga anak ni. Saya nak masak.
Suami : Alah...awak kan pandai buat banyak kerja dalam satu masa. Kononnya..

Dalan institusi kekeluargaan, mesti ada tolak ansur. Give and take. Jangan asyik give je, tak take. Dan jangan asyik take je tak give give. Salah tu. Ingat percaya dengan seseorang boleh menanamkan rasa cinta. Makin percaya makin cinta.

Sepatutnya tiada lagi istilah LELAKI VS PEREMPUAN sebab lelaki dan perempuan saling memerlukan dan melengkapi. Jangan pulak nak terlebih memilih. Nak yang perfect je, macam lah kau perfect sangat kan....hahahaha.

Apapun, ingatlah bahawa manusia dijadikan oleh Allah SWT dengan kelebihan masing. Dan manusia adalah sebaik-baik kejadian. 


Sekian sahaja dari saya yang tak berapa nak perfect sangat. Salam.

*jodoh, ajal maut semua ketentuan Allah. Terima dengan redha.*

2 comments:

Dhiya Fariza said...

betul tu. lelaki dan perempuan saling melengkapi sepatutnya. buka menuding jari siapa lebih hebat ;)

miZz_nizZ said...

stju..compatible.saling melengkapi=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...