05 July 2011

Saya macam Dia ??

Assalammualaikum wbt.

Apa pendapat kamu tengok gambar ini?


Yang ni ?



Yang ini pulak ?



Macam mana dengan yang ni ?


Ni yang seterusnya, macam mana ?


Actually bukan nak korang komen pasal baby-baby ni. Sebenarnya tentang aktiviti baby ni. Gambar pertama, baby sedang membaca. Macam itulah saya di rumah pada cuti yang panjang ini. Membaca. Memupuk nilai membaca di dalam diri sendiri. Dulu mama cakap,

"Pelik lah bila tengok kau ni membaca kakak. Tak pernah-pernah kau rajin macam ni"

Sekarang.......

"Mana buku kat tangan kau tu? Dah habis baca semuanya ke? Selalunya sibuk dengan buku."

Gambar kedua pulak, makan..!! Sekarang, aktiviti wajib kat rumah ialah makan. Tapi demi menjaga kesihatan saya hanya makan nasi sehari sekali sahaja dan banyak minum air masak. Oat, susu segar dan buah-buahan. Wahaha. Kelakar. Biskut Jacob satu tin satu bulan. Jaga kesihatan walaupun duduk rumah. Jauhi makanan berkalori dan tidak berkahsiat....!!!

Gambar ketiga, mendengar lagu. Aktiviti ni biasa aku buat bila aku rasa mengantuk je. Lepas habis je bateri handphone, aku tibai MP3. Lepas habis keduanya, aku bukak radio. Banyakkan mendengar lagu untuk hiburan kerana saya tidak bekerja. Jadi, saya tidak mahu jadi seperti katak di bawah tempurung.

Gambar seterusnya ialah baby yang sedang duduk di hadapan laptop. Sekarang selepas menjadi penanam anggur terhormat di rumah, saya lebih gemar membaca artikel, risalah, komik dan cerpen di internet. Mengisi masa yang terlebih lapang ni. Bukan sahaja bersosial di laman-laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya. Saya lebih gemar membaca blog-blog rakan di Semac Blogging Community (SBC). Seronoknya...!!!

Bila dah letih dan bosan dengan segalanya, saya buatlah aktiviti baby yang last tu. Itu tak payah suruh pun saya buat. Hahaha. Inilah aktiviti-aktiviti yang setiap hari saya buat di rumah ketika ini. Yang lain tu seperti membasuh, mengemas dan memasak mama hanya sesekali sahaja. Jika diperlukan, saya akan membantu sebab mama tak suka orang ganggu kerja dia. Betul tak mama? Hehehe. Bukan malas, cuma menurut perintah sahaja. Saya kan anak solehah? Jika diperlukan saya akan datang seperti penyelamat. Hehehe.


Lastly, tujuannya saya meletakkan gambar-gambar baby-baby yang comel ni kerana mama saya cakap, saya macam baby. Perangai yang kurang matang macam orang dewasa. Mungkin sebab saya duduk rumah dan bergaul dengan budak-budak je di rumah ni. Kurang bersosial. Tapi sekurang-kurangnya saya ada facebook dan twitter compare dengan budak-budak yang kawan dengan saya kat rumah ni. Haha. Lagipun saya memang suka baby pun. Sebab mereka comel macam saya. Hahaha. Sorry.

Sekian. Salam.

1 comment:

rahimah said...

Hahahaha geram gile tgk gmb success tu.hahah:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...