25 July 2011

Aku Benci Dia lah..!!

Assalammualaikum wbt.

Sebelum memulakan kata-kata ni aku nak mintak maaf kepada mana-mana pembaca yang terasa hati ataupun terasa dengan apa yang aku nak cakap ni. *siapa makan cili dia terasa pedasnya*

Masyarakat zaman sekarang ni kenapa mesti nak ada perasaan hasad dengki tu? Aku pelik lah. Aku sedang merasa benda ni sendiri dengan orang sekeliling aku. Aku tak tahu kenapa mesti kita nak benci seseorang tu. Hina sangatkah dia? Jijik sangat ke perangai dia?


Adalah orang ni, aku kenal rapatlah dengan dia. *tak boleh mention nama, aib orang* Rapat sangat lah dengan dia. Dia selalu duduk cerita pasal orang (aku tak join aku dengar je.) Bagi dia mungkin dia tu betullah. Tapi bila apa yang dia cerita tu dah sampai pada pengetahuan orang lain, dia tau pulak nak marah tak tentu pasal. Biasalah manusia ni, kalau tak tokok tambah cerita tak sah la pulak Macam masakan lah, nanti jadi tak sedap pulak.

Lepas tu, bila nama kau dah top gitu, kalah YB, kau tahu nak marah, emo, mengamuk tak tentu pasal. Padahal cuba kau fikir balik siapa yang mula cerita dulu. Lepas tu, kau tahu pulak nak benci orang sana, benci orang sini. Apalah jenis manusia kau ni. Kalau kau rasa apa yang kau cakap tu betul, ta payah lah nak mengamuk tak tentu pasal sampai jiran sebelah dengar. Biar je dengan orang yang cakap pasal kau tu. Tak guna nak dengki dengki ni, buang masa je. Buat hati makin hitam je.

Yang paling tak boleh bla nya, solat fardhu cukup. Solat sunat aku tak pernah nampak lagi lah. Tapi kau pun bawak mulut jugak, ape cerita derrr?? Yang aku pelik bin ajaibnya kau ni, suka betul emois tak tentu pasal. Macam ni lah, aku rasa tak payah lah kau nak emo tak tentu pasal. Bagi aku, kalau kau tak suka orang tu tak payah show off sangat. Cakap yang, "Aku benci kau lah..!!". Macam lah orang semua suka kat kau. Adehh..

Aku? Kalau kau nak tau, aku bukan pendendam. Aku, even aku tak suka kat orang tu pun aku tak payah nak show off. Aku tak suka kau? Memang..!! Aku tak suka perangai kau. Kalau boleh aku nak kau berubah. Tak guna kau solat semua cukup, tapi bawak cerita orang sana sini. Tanggungjawab orang bagi pada kau, kau tinggalkan. Apa tu? Okay fine..!! Aku dah melalut. Aku bukan nak kritik kau, cuma harap sangat kau berubah sebab aku sayang kau. TQ.

Haha. Pointnya kat sini, tak perlu nak jadi pendendam. Apa orang nak cakap pasal kita, kita terima. Mana tau benda tu betul ke? Kalau tak betul, ta payah nak emo tak tentu pasal semata-mata nak tegakkan benda tu. Diam je. Senyum je. Allah SWT tau segalanya. Let it go. Itu bahagian dia dengan Allah SWT, kita punya bahagian lain cerita. Dan lagi satu, jangan blame orang je. Semua orang salah, kau sorang je betul. Kalau macam tu, kau hidup lah sorang-sorang. Tak payah hidup dengan orang lain. Duduk hutan sorang2.

Ingat, setiap orang pun ada buat salah. Dan berhak diberi peluang kedua. Setiap kesalahan pasti ada yang betul dan kemaafannya. Okay, aku melalut lagi. Yang penting, senyum selalu. Penghapus duka ialah senyum..!! Maaf jika terover pulak ye. *situasi sebenarnya, aku chill*


Sekian. Salam. :)

*post kali ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia*

3 comments:

asamasin said...

ha bgos2..xyah la nk bnci org..kalu kite bnci org,nati org bnci kite blik.. :D

Cik Fazira Chumel said...

betul tu..buang masa, tenaga je benci orang ni... :))

Mior Syabab said...

Sabo jela :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...