24 July 2011

Fakta Menarik

Assalammualaikum wbt.

Sedang bosan melayan internet yang cepat, pantas lagi laju ni. Tiba-tiba tertekan laman web sini.

Baca punya baca. Hati ada sikit gembira. Antara yang menarik perhatian aku ialah :
  1. Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.
  2. Tiger Woods telah diperkenalkan dengan golf pada usia 9 bulan oleh bapanya.
  3. Kura-kura boleh bernafas menerusi bontotnya. *sumpah kelakar*
  4. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.
  5. Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan.
  6. Seekor tikus boleh hidup lebih lama dari unta tanpa air.
  7. Sekiranya anda mendarabkan 526,315,789,473,684,210 dengan apa-apa nombor, anda akan mendapat hasil yang sama.
  8. Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan. *aku pun nak jadi siput lah*
  9. Gajah menghabiskan masa selama 23jam untuk makan.
  10. Wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.
  11. Tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur
  12. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  13. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. *sape nak lawan dia?*
  14. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak.
  15. Leonardo Da Vinci tidak pernah mencipta apa yang dia reka. *huh?*

15 perkara yang menarik. Bagi aku lah. Bagi korang aku tak tahu.

Tersenyum bila baca balik. Tiba-tiba rasa nak emosi, emosi dan emosi bila mata mengantuk tapi otakku stress.
*aku selalu cuba tidur macam ni bila otak aku stress*

Sekian. Salam.

*Pesanan penaja : Jangan stress ye..!!

6 comments:

A'an said...

takmo minum kopi da.. nnt osteoporosis. :(

Farah Fazira said...

hahaha..okay..aku memang tak minum kopi.. :))

mizz_pua said...

osteoporosis sakit ape 2..??

Farah Fazira said...

sakit tulang belakang..hehhee..bongkok la..

rahimah said...

Nanti korg nak stayup kat U, elakkan kopi tapi aku suke ice blended cuppocina!

Farah Fazira said...

aku ta minum kopi..n jarang stayup malam.. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...