20 July 2011

Tanam Anggur ??

Assalammualaikum wbt.

Malam semalam semasa sedang asyik makan durian bersama keluarga, papaku yang terchenta ada bercerita tentang pengangguran yang terlampau sekarang. Melalui ceritanya sebagai penemuduga pekerjaan di tempat kerjanya, SIRIM BHD. *ala, tempat yang aku kena offer tu*

Papa tanya aku kenapa ramai penganggur sekarang?



Aku jawab,

"Sebab diorang memilih kerja sangat."

"Itulah jawapan standard, tak ade kelas. Orang yang cetek ilmu je yang jawab macam tu."

Terkedu aku. Cetek ilmu sangat ke aku ni?? Hish. Geram betul. *tapi, memang betul pun*

Ni antara sebab kenapa ramai penganggur kat Malaysia sekarang :)

1. Gaji yang ditawarkan  

Papa habaq kat aku, sekarang, gaji yang ditawarkan pada lepasa ijazah tak sesuai dengan ijazah yang mereka dapat. Cuba banyakkan contohnya Engineer, dengan taraf hidup yang meningkat sekarang gaji yang ditawarkan hanya RM2500. Cukup ke? Mesti tak kan? Maklumlah macam-macam nak beli sekarang. Rumah, kereta. Larat ke 3 tahun kerja nak naik bas, teksi? Kalau 2 3 bulan larat lah kot. Duit nak bagi kat parents lagi. Yang majikan pun tak fikir Engineer tu. Belajar penat-penat. Exam punya susah. Nak dapat kerja apatah lagi. Dibayar dengan amaun yang sebegitu? Tak patut.
*pendapat orang yang menemuduga, papa aku lah..!!*

2. Peluang pekerjaan sikit

Kat Malaysia ni kalau tak jadi doktor atau cikgu mesti banyak penganggur. Dah lah dengan memilih kerjanya. Kerja kilang tannak. Maksudnya disini, universiti sekarang banyak tawarkan course yang merepek sangat. Contohnya, course Teknologi Perubatan, Makmal Perubatan, Kejuruteraan Kimia Idustri, Perakaunan Antarabangsa, Akuakultur, Kejuruteraan Metallurgy. Apa semua tu? Cuba fikir sejenak...corse semua tu memang nampak menarik. Tapi, peluang pekerjaan di Malaysia untuk course tersebut tiada. Melainkan buka bussiness sendiri. Kerajaan Malaysia ni sekarang utamakan pelajar dari course Perubatan, Perakaunan, Pendidikan, Kejuruteraan Awam. Macam mana bagi pelajar yang ambil course yang kurang popular tu? Mereka nak kerja apa? Kilang? Last2 banyak yang menganggur.

3. Pengalaman Bekerja

Papa cakap, pengalaman bekerja satu hal. Biasanya jika pergi ke mana-mana interview mesti tanya pengalaman bekerja. Paling koman pon sekarang nak 3 tahun. Mana nak cari pengalaman tu? Mereka ni lepasan ijazah. Kerja itu bukan sekadar kerja, nak timba pengalaman la jugak. Haish. Apalah..!! Dah kata mereka belajar, mana ada masa nak kerja semua ni. Mereka harus focus di universiti. Adeh. Dan apabila tengok pengalamn bekerja tu lama sangat, ramai yang decide nak sambung Master, PhD dan sebagainyalah. Macam pakcik aku, apply sana-sini tak dapat. Last2 decide sambung master, habis Master terus dapat kerja. Hurm.


Memandangkan sekarang terlalu ramai lepasan ijazah yang pandai dan bersaing mendapat kerja. Apa yang aku boleh simpulkan daripada ceramah panjang papa ni ialah semua pun salah. Maksud aku, lepasan ijazah pun salah, majikan pun salah. Means, lepasan ijazah tu pun satu janganlah memilih kerja sangat, untung ada kerja. Bak kata cousin aku, apa ada, rembat je!! Jangan berkira, nanti semua melepas. Apa salahnya jika kerja dengan basic yang rendah. Struggle sikit lepas tu gaji naik lah.

Untuk majikan pulak, janganlah samakan gaji engineer dengan technician. Technician sekarang pon gaji dah RM2500. Kalau engineer mesti lah 3-4K. Lagi satu, pengalaman bekerja tu, tetapkan 3 tahun? Pelajar ni tiada masa nak kerja sampai 3 tahun semua tu. Paling koman pun tulis la. Ada pengalaman bekerja. Tulis tanpa duration. Hurm. Bukankah lebih bagus. Hehehe.

Sekian sahaja ulasan yang sikit tak puas hati dari yang cetek ilmu ni. Salam.

*semua orang pun ada pendapat masing-masing*
*masih dalam mood happy sebab APEK..!!*

5 comments:

Pendamba Mawar said...

ok lulus..anda diterima bkerja..:)

Cik Fazira Chumel said...

tapi encik, saya ijazah pon belum ade...heheheh..:DDDD

mardhiah yusof said...

selalunya sst company mesti nak produk yang berkualiti lahir dari company mereka sendiri. sebab tu lah nak experience dlm 3thn macam tu.

lepas ni nak salahkan sape plak?haha, aq rasa masa degree, practical kena buat 3tahun la, baru employer berebut nak ambik lepasan degree.kan?kan?

Mior Chantek said...

aku nak buat bisnes, taknak makan gaji . yehuuu ^^

Cik Fazira Chumel said...

ntah la mardhiah..tatau nak salahkn sape..sume pun bersalah..tp anda tak bersalah..heee..mior chantek!!nak jadi bisness partner...!! 50% 50%

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...