18 July 2011

Syazwan Zulkifly Hensem !!

Assalammualaikum wbt.

Hari ini hari isnin. Hari ini jam 9 malam ada cerita Juvana di TV3. Tapi apa yang lebih menyeronokan ialah.....aku dapat live chat ngan Adam Shah (Ayam) dan Syazwan Zulkifly (Apek). Ala..yang dalam cerita Juvana tu. Seronok tak terhingga.


Macam ni, mula-mula aku ada baca blog sorang ni. Lepas tu, dia kata sape nak live chat dengan Apek dan Ayam klik sini. Aku pun dengan pantasnya klik la. Bak kata Mior Chantek, maklumat boleh didapati oleh rakan-rakan blogger. So, aku pun klik la. Jeng..jeng..jeng..dia tulis,

"Apek dan Ayam akan berada di studio pada pukul 8 malam"

"Daim dan Botak akan berada di studio pada pukul 10 malam"



Dan dengan pantasnya, aku pun sarungkan stoking aku. Sejuk, hujan. Dan duduk di hadapan laptop ni tunggu mereka. Kebetulan mama ngan papa pergi pasar malam. Aku pun malas nak ikut. Hehe. Dan mereka pon masuk studio. Mak aiiii...hensem sungguh...!!

Aku pun start la chat dengan diorang. Diorang cakap, line tak berapa okay. So, diorang akan baca chat dan respon. Aku pun ape lagi, menulis lah. Mula-mula aku tulis ni,

"Apek hensem lah. Ayam pon."

Lepas tu, aku tulis ayat ni dengan 14 kali kot. Sampai appear kat wall facebook aku. Kalau korang perasan lah. Hehe.

"SEBUTLAH NAMA SAYA. FREE JE. HEHE"

Haha. Dan memang rezeki lah. REZEKI tau?? Apek perasan. Ape tak nya, dah aku tulis 14 kali. Haha. Dia pon cakap lah kat live webcame tu,

"Hai Fara Fazira..!! Fara Fazira..!!" Sambil lambai-lambai.

Second, aku tulis lagi..kali ni aku post 6-7 kali je. Lepas tu, Ayam pulak perasan. Dia cakap kat live webcame tu,

"Hai Fara Fazira..!! We love u..!!" Siap kiss..

Mak aii.. Respon aku?? Jantung aku berdebar. Haha. Almaklumlah, artis. Haha. Hensem pulak. Sebut nama aku pulak kan? Kuat berangan betul lah cik katak yang comel ni. Haha. Malu laaaa... Awwwww...



Third, aku sent lagi...lepas tu Apek cakap,

"Eh, Fara Fazira lagi..banyak betul ni, berapa kali nak sent lah. Hai Fara Fazira..!!"

Tergelak aku dengar. Comel nye. Lepas tu aku sent la, "Apa nama penuh Ayam ngan Apek?"

Dia cakap, "Fara Fazira lagi? Apek, Syazwan Zulkifly dan Ayam, Adam Shah."

Haha. Aku gelak je. Adik aku tengok dah pelik. Cousin aku yang on call buat muka pelik. Dia cakap aku gila. Haha. Memang. Lepas tu, tepat jam 9 malam. Apek dan Ayam pun bla. Tengok Juvana. Aku pun. Hehe.



Bagi aku, ni pengalaman paling best sebab mereka sebut nama aku 4 kali. Haha. Dan aku terus meminati Syazwan Zulikifly a.k.a. Apek. Wallawehhh..hensem tuh..perut buncit..Hehe..Seronok..Tidur lena aku malam ni. Yang lain jangan jeles ye..heheh..Kalau A'an minat si Zahiril Adzim tu, aku minat lah Syazwan Zulkifly. Hehe. Dia berlakon dalam cerita Wasiat pulak. Nak follow. Tak sabarnya.

Percaya tak?? Ala....percaya lah.!! TQ..Hehe

Sekian sahaja luahan hati gembira saya. Salam.

*hari ini aku berbangga mempunyai nama Fara Fazira*

16 comments:

Mior Chantek said...

Perghh, best giler kau. haha. Feymes dlm alam maya. Kalau dpn2 tu aku rase mau ketaq kpale lutut. muka lagi tebal dr tembok cina. hahaha

*Apek kacak bhaiii :D

A'an said...

hahaha mmg aku percaya sgt. habis penuh news feed aku. haha.. weh apek hensem doh. serius. baru prasan. haha. jgn mara ea.
owh kenapa kau tak printscreen live chat tu??? bole gak aku tgk apek lambai2.. huhu..

Cik Fazira Chumel said...

betull..walaupun tade sape kenal aku..hahah..sonok gila..haha..

*Mior cahntek bhaii.. :DD

Cik Fazira Chumel said...

adeh..a'an aku ade rakam dia sebut nama aku yang part,

"eh, fara fazira lagi.."

aku akan abadikannya...wahhh..awww...ta tido malam doe..

Mior Chantek said...

Cewahh..ni dah mabuk kepayang ni. aku rase apek pon mcm kau jugak kot. Dia ta tdo malam cari kau. haha

Cik Fazira Chumel said...

haha..kau jangan mior..org hensem tu..hehe..dia ade cakap,

"maaflah, perut saya buncit lah"

itu aku suka, jujur..!! heheh
btw,

*mior memang chantek bhaii*

cik najihah said...

apek hensem wuu huhu

rahimah.Y said...

Kau mabuk niii.hahaahaha aku xtgk pon juvana:(

Cik Fazira Chumel said...

cian kau..tape...kau tgk kat tonton.com ye..heheh

kayrul-shah said...

femes la lepas nie...diorang lagi ensem bila dah ada rambut nie

Cik Fazira Chumel said...

kayrul-shah, haha..femes kat alam maya je..mmg hensemm..sukenyer..

Aq'ia said...

wahh. bestnyerrr.. jeles jeles

mardhiah yusof said...

serius weh?

Cik Fazira Chumel said...

serius la weh...ala..caye la..nape ta caye?? ala.....

syaz@rozelt said...

wah best nye retiss sebut nama die..hii~..papepon episod las juvana semalam mmg best kan?

Cik Fazira Chumel said...

betul tu @syaz@rozelt..memang best..tak beralih adri tv dibuatnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...