22 July 2011

Wangi lah..!!

Assalammualaikum wbt.

Hari ini jam 8 pagi bangun dengan muka mengantuk dan penat sebab malam tadi tidur lambat. Pastu, jumpa budak masam + busuk + comel + kerinting. (anak sepupu aku, Kak Ida). Hahaha.


Dalam pukul 9 lebih macam tu, ikut sepupu aku pergi bank kejap. Budak kerinting tu pun ikut jugak. Sibuk je. Comfirm aku kena jaga dia. Sampai kat bank, amek borang semua. Tiba-tiba aku teringat kat mama. Call mama dan mintak izin untuk settlekan hal bank hari ni. So, aku pun amek jugak borang SSPN dan boran bukak buku akaun Bank Islam. Tiba-tiba....

"Acik....udak...ucuk...!!!" bergema satu bank.

Adeh, malunya. Memang lately ni kerinting asyik cakap aku busuk je sebab ibu dia ajar. Selalunya, kalau aku geram ngan dia mesti aku panggil dia kerinting. Agaknya, dia dah bengang sangat, dia tibai aku balik.

"Kerinting..............shhhhh..ni bank la. Tak boleh bising.." *cover malu*

"Acik..acik upa andi ke? Ucuknya..." dia bisik.

Dengan pantasnya aku jawab,

"Dah la sayang. Wangi la..cuba cium acik.."

"Nannak..!! Ibu cakap acik ucuk..!!"

Haish. Bengang aku. Boleh pulak ajar anak dia cakap aku busuk. Melampau ni. Kena balas dendam ni.

"Wan kerinting, ibu lagi ucuk..ta gocok gigi.." *jahat*

Dia buat muka. Aku rasa nak picit je. "Ibu? Bu...bu ta ocok gigi eyy...?? Ucuk..Nannak kawan ibu..!!" bergema sekali lagi suara dia kat bank. Semua orang pandang + guard yang ada kat situ gelak je.

Haha. Aku pandang muka Kak Ida. Berubah. Terkejut kot. Cantekkkk.. Plan menjadi. Yeah..!! Tiba-tiba,

"Acik.....udak...ucuk.." kali ni suara dia slow and steady. Takde orang dengar.

Dekat sejam duduk kat bank tu. Settle semua, pastu balik la. Kali ni aku drive sebab budak kerinting nak susu. So, ibu kenalah layan anaknya. Haha. Lepas dia abes menyusu, Kak Ida letak dia kat belakang. Sembang punya sembang kat depan. Kerinting pun menyembang jugak. Dengan siapa? Dengan ni,


*aku punya, dia cilok*

Topik perbualan?

(Ni bahasa yang lebih jelas, aku translate)

"Ash (nama teddybear aku tu) nak tau? Acik kita busuk. Dia tak mandi. Ibu cakap dengan kite."

(konon Ash jawab)

"Yeke? Wangi je kite bau acik." *sukati aku je*

"Betul..!! Ibu cakap haritu. Busuk sangat. Cuba ash cium acik?"

(konon Ash jawab)

"Okay, nanti kite cium dia. Tapi kita yakin dia wangi." *sukati aku je*

"Ibu pulak tak gosok gigi, baru tadi acik cakap."

(konon Ash jawab)

"Itu betullah..!!" *sukati mak nenek aku je*

Panjang jugak la dia bersembang sebenarnya. Yang aku dapat simpulkan, dia dok ngumpat pasal aku busuk je. Geram tahap tapir lah.

Sampai destinasi, aku dukung dia. Dia jerit,

"Nannak dukung...acik ucuk..!!" mak aiiii...dah terlekat pulak 'benda alah' tu.

Balik tu sampai rumah, aku ajar dia.

"Adik, acik udak comel..!!" *dekat 9 10 kali aku ajar dia.*

Bila ayah dia balik je dia cakap,

"Ayah, acik udak ucuk...tapi dia comel..dia cakap."

Tang 'dia cakap' tu aku macam tak boleh terima sikit. Tapi at least aku memang comel. Haha. Loghat betul budak kerinting tu....haish..geram aku..!! Sampai saat ini aku masih lagi rasa nak picit dia. Geram...!!!! 

 Kisah budak kerinting ni aku suka sebab dia cakap aku comel. Haha.

Sekian. Salam.

8 comments:

Adibah Jumali said...

sumpah kelakar.
alolo acik ucuk rupanya..
:))

Cik Fazira Chumel said...

ala...jangan lah..geram gilalah ngan dia..hish.. :((

A'an said...

tak tahan dia sembang dgn Ash tu~~
HAHAHAHA

Cik Fazira Chumel said...

hahah..aan suke kau ye..ha..!! aku terdiam dgr die brsembang..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

acik oh acik

lawak je time die sembang dengan ash

hehe

comel :)

sekamar rindu said...

salam...

comelnya

Cik Fazira Chumel said...

terima kasih...saya memang comel..hehe..:D

Artie said...

budak kecik comel XD haha. Dia sayang ucuk dia tu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...