28 July 2011

Takut Sikit Je...

Assalammualaikum wbt.

Okay. Mood tak berapa nak baik sangat. Sebab demam. Kena hujan semalam. Ouhhhh.. Gila pening lah. Pagi-pagi lagi aku dah kena pergi klinik. Sampai klinik, aku orang pertama lah yang sampai. Okay, macam hape ntah tunggu doktor tak sampai-sampai. Adeh. Kepala dah semakin berat. Tunggu punya tunggu sampai tertidur akhirnya doktor pun sampai.

Pastu masuklah...Jeng jeng jeng

Doktor : Sakit apa lagi fara? *sambil check denyutan nadi*
Fara : Demam, pening kepala.
Doktor : Kena hujan ke semalam?
Fara : Yup. Mana tau?
Doktor : Kan hujan lebat semalam. Hurm. Da berapa lama demam?
Fara : Semalam lah lepas kena hujan. *aik, tanya la pulak. Baru kena hujan semalam, demam semalam la*
Doktor : Selsema? Batuk?
Fara : Belum.
Doktor : Belum? Nak ke?
Fara : Tak nak lah..heee..
Doktor : Okay, saya kasi injection antibodi. Sikit je. *sambil panggil nurse*
Fara : (dalam hati) OMG..!! injection?? Aduh..matilah..




Bila dah ready je jarum tu. Doktor suruh baringlah kat katil, mujur lah doktor perempuan. Pastu, dia kebaskan tangan aku. Picit-picit sikit. Check jarum injection tu. Waktu dia check jarum tu, air mata aku dah berlinang ni. Dia pandang aku dan....

Doktor : Rilex lah...dah besarkan..??
Fara : Memang rilex pun. Cuma dah lama tak dapat injection, rasa cuak pulak. Lagipun, saya memang tak boleh tengok jarum injection tu. Macam allergic pulak. Dan2 saya rasa macam nak pengsan.

*doktor boleh gelakkan aku*

Awwww..........

Okay...tamat sudah sesi cucuk mencucuk. Aku duduk, lap air mata yang hampir jatuh ni. Huh..!! Lega. Rasa nak pengsan pun ada gak. Lepas tu, aku duduk la. Kebas betul tangan aku ni.

Lepas ambil ubat yang aku sendiri pun tak jamin aku makan ubat tu. Aku pun balik, makk..drive sendiri pulak. Kebas tak habis lagi ni. Ku gagahi juga. Dan....sampai rumah. Aku tidur balik. Haha.

Waktu aku taip blog ni pon, tangan aku kebas lagi. Hurm. AKU MEMANG TAKUT JARUM. Kalau A'an takut akuarium. Aku takut JARUM..!! Okay..
Sekian cerita menyayat hati saya. Salam.

*mungkin sebab tu jugak aku taknak jadi doktor*

6 comments:

Mior Syabab said...

Penagih dadah okay je cucuk hari2. haha

Cik Fazira Chumel said...

mungkin dia dulu doktor kot...hahahha

miss heart said...

keh3x!..
nk gelak guling2 laa....
hahahahaha:p

saya dewi said...

dewi pun takot jarum. kalau demam selalu kasi alasan tak nak pergi klinik. ekekeke :P

RAFIQAH SHAHIRA said...

coml lagu dream high!!rasa nak nari je..huhu =)

post terbaik..mmg smpai skarang cam seram sejuk gn inject kn?

RAFIQAH SHAHIRA said...

coml lagu dream high!!rasa nak nari je..huhu =)

post terbaik..mmg smpai skarang cam seram sejuk gn inject kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...