08 July 2011

Perkongsian #1

Assalammualaikum wbt.

Pada perkongsian yang pertama ini saya ingin menceritakan satu cerita yang saya rasa menarik tapi tak tahu lah pendapat anda kan? Okay, enjoy it..!!




Pada zaman dulu ada seorang lelaki yang bernama Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan ternampak orang ramai berkumpul. Dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorang pelanggan sedang bertekak dengan seorang penjual kain.

Pembeli bertekak "3 x 8 jumlahnya 23 ! Kenapa awak cakap 24 ?"

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata,

"Saudara, 3 x 8 memang jumlahnya 24, semua orang tahu. Tak payahlah bergaduh lagi."

Pembeli kain yang sedang marah menunding jari ke muka Yan Hui dan berkata "Siapa yang minta pendapat engkau? Kalau nak minta pendapat minta kepada Conficius. Benar atau salah biar Conficius yang tentukan."

Yan Hui bersetuju membawa hal ini dan diadili oleh Conficius memandangkan beliau arif tentang matematik.

"Baiklah, jika Conficius kata awak salah, macam mana?" tanya Yan Hui.

"Baiklah, kalau Conficius kata saya salah, pancung kepala saya. Kalau awak salah macam mana pula?"
Pelanggan sanggup mengambil risiko dengan penuh yakin atas rasa kemarahan.

"Kalau saya salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya."

Keduannya sepakat atas pertaruhan tersebut, lalu sama-sama berjumpa Conficius. Conficius mendengar dengan teliti pergaduhan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Conficius mentertawakan mereka dan berkata,

"Betullah 3 x 8 ialah 23. Yan Hui, kamu kalah! Berikan jawatan kamu kepada lelaki ini."

Sebagai yang menghormati, Yan Hui tidak mahu berdebat dengan Conficius. Dengan akur dia menanggalkan topi yang dipakainya lambang jawatannya lalu diserahkan kepada lelaki tersebut, namun dia tetap tidak berpuas hati. Pelanggan kain itu menerima jawatannya dan berlalu.

Kerana hatinya terluka, Yan Hui mengambil keputusan untuk cuti atas alasan masalah keluarga. Conficius adalah gurunya dan beliau faham akan masalah anak muridnya. Dia berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusan selesai. Sebelum Yan Hui pergi, Conficius berpesan kepada Yan Hui,

"Kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok. Dan apa pun yang berlaku nanti jangalah sampai kamu membunuh."

Dalam perjalanan angin kencang berserta guruh dan kilat diikuti hujan yang sangat lebat. Yan Hui mencari tempat berlindung, nampak sebatang pokok tiba-tiba dia teringat pesan gurunya supaya tidang berlindung. Dia pun pulang meninggalkan pokok itu, tidak lama kemudian, pokok itu tumbang dipanah petir. Betullah pesan guru, desis hati Yan Hui.

Dia sampai dirumah dengan keadaan basah kuyup. Tiba-tiba dia ternampak macam ada seseorang yang pelik berbaring si sebelah isterinya. Dengan marah dia menghunus pedangnya dan teringat pada pesanan gurunya supaya jangan membunuh. Dia dengan tenang membuka selimut yang menutup mereka berdua dan rupanya ialah adik iparnya yang datang bertamu.

Keesokkan harinya, Yan Hui berjumpa dengan Conficius dan bercerita.

"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti daripada belajar denganku."

"Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa. Sebab itu aku mengingatkan kau mengenai perkara itu. Semalam kamu pergi dengan perasaan marah yang terpendam di dalam hati dan kamu membawa pedang. Maka aku ingatkan kamu supaya kemarahan di hatimu itu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang kamu akan sesali."

"Cuba fikir dengan mendalam. Semalam aku mengiakan 3 x 8 = 23 dan kamu kalah lalu kehilangan jawatanmu, Tetapi jika aku katakan 3 x 8 = 24 benar, pelanggan kain itu kalah dan satu nyawa manusia melayang. Mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?"

Yan Hui tertunduk. Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua perkara yang berbeza. Hati kecilnya mula sedar dan akur bahawa banyak lagi yang perlu dipelajarinya dan difahami mengenai hakikat kehidupan. Ada 'kebenaran' yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik.

Tidak berbaloi kebenaran terhadap tahap logik matematik memadamkan kebenaran pada tahap jiwa kemanusiaan. Wajarkah setakat mempertahankan 3 x 8 = 24 menghapuskan kebenaran mengenai kasih sayang, keharmonian dan kedamaian.

Nantikan cerita yang lebih menarik lagi dan membawa pengajaran. Insyaallah. Sekian. Salam

3 comments:

A'an said...

3x8 pon kena rujuk confucius.
oh lupe. dulu takde calculator. huhu..

Farah Fazira said...

ye...conficius je yg ade..kalkulator mahal dulu..heheh...

Anonymous said...

I think this is one of the most important information for me. And i am glad reading your article. But should remark on few general things, The website style is perfect, the articles is really nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...