21 July 2011

Moreh a.k.a Makan Lepas Terawih

Assalammualaikum wbt.

Hehehe. Bulan puasa dah nak menjelma. Apa yang menariknya bulan Ramadhan ini ialah sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Jeng..jeng..jeng.. Bila lepas buka puasa je, mesti pergi terawih kan? Agenda lepas terawaih anda ape? Moreh? Makan lepas terawih a.k.a moreh memang seronok kan? Lagi-lagi bagi golongan kanak-kanak. Bagi golongan dewasa benda ni biasa, tapi aku dari kecik sampai besar aku rasa seronok. Hehehe.


Kelmarin Mior Chantek ade post pasal pakcik makcik marah kat masjid kan? Teringat pulak lah waktu dulu-dulu. waktu badan kecik lagi, umur setahun jagung. Aku suka ikut orang pergi masjid. Waktu dulu, dari umur 4 tahun lagi, puasa je aku mesti dihantar balik ke kampung. Kata mama, mereka hantar aku berpuasa sebulan di kampung untuk aku rasa suasana berpuasa di kampung.

Seingat aku waktu umur aku 6 tahun macam tu lah. Bersama sepupu aku, Fikri dengan Abang Im. Abang Im ni tua 2 tahun dari aku (8 tahun ketika itu). Konon macam besar sangat, tapi sama je dengan kitorang. Fikri pulak muda setahun dari aku (5 tahun ketika itu). Yang aku ingat lah. Waktu terawih je aku beria-ia sembahyang, ntah apa yang aku sebut ntah. Dan yang penting aku, sepupu aku 2 orang tu dan kawan aku 2 orang lagi (Ella ngan Taufiq). Diorang tu sebaya ngan Abg Im.

Sebelum masuk masjid, kitorang plan nak turun awal sikit daripada semua orang. Tau tak macam mane? Kitorang berpura-pura solat terawih yang akhir tu, tapi bila masuk rakaat kedua, kitorang batalkan dan standby kat depan meja moreh tu. Memang ambil bau dulu. Hahaha. Kelakar doe time tu. 3 hari berturut kitorang buat macam tu, last2 kantoi. Kantoi macam mana?

Macam ni, kantoi sebab aku. Haha. Aku bising sangat time tu. Tiba-tiba ade sorang pakcik ni dia nak ambil air sembahyang (terkentot agaknya) nampak kitorang dah standby depan meja. Haha. Ape lagi...memang kena la. Waktu tu aku ingat lagi, moreh tak dapat. Aku kena marah sebab hancurkan plan dan aku tak dapat main bunga api balik tu. Hahaha. Malam tu jugak moyang aku tau kitorang punya perangai, memang mengamuklah orang tua tu. Kata dia, duit raya potong siap2 sebab perangai kitorang. Adeh..!!

Sampai hari ni aku ingat lagi peristiwa tu, mana taknya. Waktu kena marah tu, diorang berempat tolak aku kat depan. Memang lah macam aku sorang yang buat dosa tu kan? Tapi aku memang makan paling banyak lah. Semua makanan aku rasa. Setiap hari mesti aku carik nasi lemak Makcik yang duduk sebelah masjid tu. Tapi Makcik tu sekarang dah meninggal.

Aku ada pengalaman buat kerja bangong tu sampai darjah 6. Selepas peristiwa tu, hanya aku ngan sepupu aku, Fikri je yang buat. Tapi zaman dah berubah. Lepas naik je form 3 aku tak dihantar balik kampung. Jadi aku tak dapat lah rasa nak buat perangai bengong tu lagi. Aku dah semakin baik. Pergi solat terawih kat masjid je, lepas tu aku terus balik.

Tapi aku ingat lagi waktu aku pergi masjid tahun 2008 (form 4 puasa kat rumah). Aku ternampak budak-budak berlari-lari beratur depan meja moreh. Haha. Teringat zaman jahiliah dulu. Ade Pakcik sorang ni bising dah.

"Hish budak-budak ni. Makan je laju dorang sampai kat meja tu."

Cepat aku menyampuk sebelum dia bebel lagi panjang,

"Biarlah pakcik, budak-budak. Saya dulu pun macam tu. Tapi sekarang jadi je orang berguna. Pakcik mesti macam tu jugak kan dulu-dulu? Hehe"

Terdiam pakcik tu. Aku pun bla dari masjid tu dan moreh kat rumah. Haha.

Kenangan terindah tu wey..!! Haha. Yang penting sekarang bila time moreh je memang aku rase nak pergi je melanguk depan meja tu macam dulu-dulu. Haha. Malu lah pulak. Ala....dunia budak-budak memang macam tu kan?? Korang macam mana?? Ke aku sorang je yang macam tu? Haha. Ape-ape je lah. Bagi aku tak salah budak-budak macam tu. Apa guna bawak makanan ke surau/masjid kalau bukan untuk dimakan. Sedekah kan? Bulan Ramadhan ni tak boleh berkira sangat. Sedekah lah pada yang memerlukan seperti saya. Hehe. Gurau.

*manis tak kurma ni agak-agak??*



*aku dah terlebih excited beli kurma 2 kotak*

Sekian sahaja cerita saya. Salam.

8 comments:

A'an said...

Skang ni nak lalu depa meja pon dah malu. hikhik. :P

A'an said...

*depan

Adibah Jumali said...

x pnh wt cm tuh sbb moreh akn dikuarkn pas solt. pakcik yg uruskn sorok kn dulu.. haha

Farah Fazira said...

aan : hahah..betul..malu je..lalu amik bau je...

cik diba : ye ke?? hahah..baik la ni?? heheh...tade pengalaman wat jahat ekk?? heeee :DD

Syazana Zainn said...

lepas tu mesti tukar2 makanan dgn jiran :)

mardhiah yusof said...

puasa kat kampung lagi best dari puasa kat rumah sendiri. kat kampung lagi meriah!

lagi-lagi bila part main buna api, kat kampung steady je jual bunga api depan rumah, kalau kat rumah sendiri, nak bukak gerai depan rumah pun dah kena tembak dengan FRU, ok, tu tipu:P

Mior Syabab said...

haha. kau ni memang la. nakal tahap gaban. aku takpenah terjebak gejala mcm tu sbb aku malas nk mkn moreh. moreh slalunya mcm tak sedap je aku ntgok. haha ;p

Farah Fazira said...

ni kerja jahat zaman dulu...zaman sekarang dah baik dah..heee..skrg lalu, tgk, ambil bau, balik, tido..hahhaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...