13 July 2011

Jangan Buat Semasa Memandu..!!

Jangan nak berani buat perkara-perkara ini ye. Jadilah pemandu yang berhemah. Ingatlah orang yang tersayang. Di sini terdapat 23 perkara yang anda tidak dibenarkan buat semasa anda memandu :

1. Tidur dengan nyenyak.

2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya

Semoga terhibur ye. Bergurau di waktu petang memang seronok. :P
Sekian. Salam.

5 comments:

Sairi said...

cite sikit camne nak buat no. 15 tu...
hahaha

Damn Nations said...

Huahah suka la yg 16 tu! no 8 pon cool! Huahahahaha (^_^)

Farah Fazira said...

sairi, hang boleh tnye hairil..dye pakar skit..hahah..

rahimah said...

Aku tau kau suke buat no 21

Farah Fazira said...

bengong kau kak mah...aku ske no 16 n no 18...hahahhaha..aku tau kak mah kau suke no 17 kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...