31 July 2011

Emosi Terkawal Lagi

Assalammualaikum wbt.

Pagi tadi dalam pukul 8.15am discharge. Okay, aku sihat. Seharian kat tempat yang aku tak suka tapi aku fine. Dan pagi tadi papa baru bagitahu yang dia nak pergi rumah Mak Lang aku kat Kuala Selangor. Bila aku cakap yang aku tannak pergi, dia tanya banyak soalan kat aku. Dalam erti kata lain, emotional..!! Tapi masih terkawal.

Mungkin papa tahu aku bukan macam tu. Dia tahu aku jenis yang mesra dan periang even dengan siapa-siapa pun. Tapi kali ni, aku jadi diri aku. Aku malas nak berpura-pura aku baik dan so on. So, aku jadi diri aku. Aku bukanlah nak cakap yang aku berlagak and lupa sedara mara kononnya. Tapi, memang tak dapat dinafikan bahawa aku dengan cousin-cousin or makcik-makcik sebelah papa memang tak rapat sebab aku lebih banyak dibesarkan dan dipengaruhi dengan sepupu sepapat sebelah mama.

Mama...pagi-pagi lagi, bila aku cakap aku tannak pergi dia dah senyap. Dari malam tadi aku tannak pergi. Okay, emosi papa pelik pagi ni. Dia tak pernah macam ni selalunya. Dan hari ni, dia mula cerita yang aku asyik menghadap laptop ni je even aku sakit macam mana pun. Bukan apa, dah tak tahu nak buat apa. Kan??

Nak dijadikan cerita, aku memang tak berapa nak suka pergi rumah sepupu sepapat sebelah papa aku ni. Hanya yang aku suka ialah pergi ke rumah makcik bongsu aku je. Sebab, aku agak rapat dengan dia. Cuma, sekarang dia dah kawin. So, memang harapan tinggal harapan je la aku nak rapat macam dulu lagi dengan dia.

So, bila aku pergi rumah makcik-makcik sebelah papa ni lakonan bermulalah. Macam-macam aku buat. Ala-ala BONEKA. Padahal aku tak seperti yang diorang sangka. Tetamu datang buat kerja rumah? Haish. Akulah yang buat air, akulah yang kemas meja. Anak dia? Lebih sedap tidur je dalam bilik. Waterpark la kan..!! Maki sedara mara sendiri. Bukan nak cakap apa lah.....tapi....lantaklah. Benda tu dah lepas.

Okay, lagi satu yang tak tahannya. Mula lah sesi compare mengompare antara perempuan-perempuan. Yang jadi mangsa utama, aku lah. Yes..!! Attack aku dulu. Okay, mula-mula compare aku dengan 'dia' ni. Lepas tu 'dia' pulak. Lepas tu compare adik aku dengan aku pulak. Mak aiiii...Yang menang. Mestilah bukan aku. Opposite aku yang menang. Yang kurangnya aku lah. Haish. Apalah nasib diriku yang malang....tapi at least aku bersyukur jugak sebab aku dapat dengar kelemahan aku. Dan aku pulak memang tak suka orang puji aku sangat.
Orang-orang yang menang tadi pun mulakan pulak diorang punya lakonan. Haish. Sudah dipuji...kembang semangkuk la. Kalau aku kena puji pun aku kembang jugak. Tapi..aku jarang kena puji. Whatever...!! Bila lakonan dah start, lagi banyaklah kutukan demi kritikan serta kekurangan yang aku dengar. Berasap telinga aku. Aku buat bodoh je lah. Malas nak komen lebih. Tapi part yang aku suka..........everytime aku jumpa mereka-mereka ialah "Fara, makin tinggi lah. Kurus pulak." *kadang2 aku tanya jugak diri aku, kurus ke?* Itu je lah satu-satunya pujian yang aku dengar. Yang lain, hampeh..!!

Jadi, dengan ini aku decide sendiri. Aku pun ada hati dan perasaan. Sesuka hati je nak kritik orang. Yang jadi boneka ni lah yang kena kutuk. Yang pelakon terhebat tu asyik kena puji je. Pandai, cantik, rajin, pandai mengemas. Hape?? Ingat aku bodoh sangat ke tak pandai mengemas semua??

Disaat ini, aku dengan gagahnya dah sidai kain, masak breakfast sendiri (pakai duit sendiri), kemas rumah, mop rumah dan sebagainya. Yang kecewanya duduk rumah ni, adik aku takde nak sakat dia. Apa-apapun aku tak kesah lah. Diorang nak kutuk aku or what. Yang penting aku bukan PENDENDAM. Aku dah maafkan korang semua awal-awal lagi dah. Aku terima je korang punya kritikan tu. Terima kasih daun keladi.



Sekian sahaja luahan dari hati yang luluh kesedihan tinggal berseorangan dirumah. Salam.

4 comments:

RAFIQAH SHAHIRA said...

be strong ok..nnti ko lwn dorg..tgk spe berjaya dlm idop lu..haha

Farah Fazira said...

insyaallah..doakan lah ye..

mz said...

perempuan memang suka emosi la

terjah jap jom!! Tips ping Blog di Group Facebook

Mior Syabab said...

sabar dong ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...