27 September 2011

UMP Ubah Cara Hidup Aku...

Assalammualaikum wbt.

Meh sini meh aku nak story sikit pasal satu benda ni. Menarik tu tidaklah. Tapi saja nak kongsi pengalaman. Dah nak dekat sebulan aku berada kat UMP ni. Macam-macam lah terjadi. Banyak benda yang mengubah cara hidup aku. Kat UMP ni banyak benda dah aku belajar. Yang paling ketara sekali aku bukanlah lagi seorang yang pemalu nak berhadapan di khalayak ramai. Nervous tetap ade tapi tak macam dulu. Tak blur sangat lah. Aku berani nak bagi pendapat if aku rasa aku benar.

Secondly, aku dah mula menjinakkan diri mengaktifkan diri dalam bidang koku. Actually aku taknak pun. Tapi aku fight for my future. So, aku aktifkan diri jugak. Macam-macam aku cuba. PALAPES, SUKSIS, Seketeriat Kolej Kediaman, Seketeriat MPP. Macam-macam lagilah. Kalau boleh aku nak masuk basketball. Tapi den sogan. Banyak budak hebat. Aku ni...sapalah kan..takpe..sukan letak tepi kejap.

Thirdly, apa yang berubah is setiap hari aku gelak. Ceria, senyum, gelak dah jadi darah daging kat UMP ni hah. Susah nak tengok aku marah lagi. So, aku rasa seronok bila orang sekeliling happy semacam je. Lagi-lagi housemate-housemate ku. Sayang korang lah. Nak mention sikit kat sini. H2-5. Kak Sha, Ain, Lela, Lina, Fatihah (roommate), Eyza. Cool..korang best..!!

Lagi....apa yang mengubah aku ialah aku macam lebih bersemangat kat UMP. Semangat kekawanan aku kuat sampai bila aku bertugas jadi seketeriat PEKA waktu jamuan, semua orang tegur aku. Terasa famous sebentar. Hehe. Bersemangat is lebih matang, semangat kekawanan aku tinggi. Lebih mementingkan family dan kawan. Aku pegang prinsip tu sekarang. Jodoh? Universiti bukan tempat cari jodoh ye kawan-kawan..?? Ingat. Tempat belajar.

Lagi-lagi.....apa ye?? Ha...!! Kat UMP ni, aku lebih bersemangat nak belajar walaupun bidang ni aku tak minat. Cuma aku just redha dan bersyukur setiap masa diberikan rezeki yang melimpah ni. Alhamdulillah. Dan maksud kau disini ialah aku lebih bersemangat nak cari buku teks, rapat dengan senior, lecturer. Macam tu je cara nak dapat ilmu kat universiti. Keberkatan dalam mencari ilmu penting. Kan??

Gembira sangat duduk kat UMP ni. Walaupun rasa rindu kat keluarga tu sentiasa ada. Kalau boleh setiap hari nak telefon. Rindu sangat...!! Lagi-lagi makan sama-sama. Gurau, sembang, gaduh nagn adik. Waaaaa...rindunya semua tu. Tapi aku sabarkan diri dan hati ni dulu. InsyaAllah jika masanya tiba dan rezeki masih ada dapatlah jumpa dengan keluarga di Selangor. Bawa balik kejayaan. InsyaAllah...!!

Sekian sahaja dari saya di UMP ini. Salam.

3 comments:

han eba said...

good luck budak KMS

littledolphin said...

ANDA KELIHATANNYA BEGITU GEMBIRA! :D

saya turut gembira untuk anda! :)

semoga berjaya.

RinsyaRyc said...

waa... untungla.....


http://bulatmata.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...