23 September 2011

Aku Bukan Orang Politik

Assalammualaikum wbt.

"Why not you buat official letter to 'him'. Maybe lagi cepat solve problem."

Ha...!! Itu aku tak puas hati lah kan. Okay, bukan apa. Aku tak suka lah nak gaduh-gaduh pasal politik ni. Kalau aku ni budak asasi law takpe jugak kau nak cabar aku macam tu. Aduiyai. Lemas betul. Dan kau ingat aku suka sangat dengan 'him' tu ke?? 
Dengan politik Malaysia yang kotor ni, tak minat aku. Aku dulu yang minat nak masuk politik, nak bangunkan status Melayu dan Islam negara ni pun makin tak minat sebab politik sekarang semua berasaskan duit. Sikit-sikit hulur duit. Ingat ape? Tahulah life is bussiness. Tapi, tak patut lah macam tu. Kita buat kerja ikhlas beb bukan harapkan balasan. 

Kalau buat kerja harapkan balasan duit je, baik tak payah macam tu. Tak ikhlas. Suruh buat amal dapat banyak pahala, tannak. Padahal amalan lah yang bawa kita nanti. Amalan yang ikhlas bukan nak mengharapkan balasan dunia semata-mata.
Ini kes politik. Heiiiiii....aku bukan orang politik lah. Tak minat pun nak ceburinya. Ada kena mengenakan subjek yang aku belajar sekarang dengan politik Malaysia. Huh..!! Kalaupun aku belajar Islam and Asian Civilization, aku tak belajarlah cara-cara nak main politik kotor ni. 

Lagi satu, hak student mana? Suruh merempat macam ni. Hish. Tak patut. Tempat kau, kau tak bangunkan, sibuk bangunkan tempat yang dah sedia maju tu. Kitorang ni? Dah lah berjihad cari ilmu Allah ni, tup tup dianiaya pulak. Herghhhh.. Geram.. Dulu bukan main bangga dengan tempat kelahiran kau ni, last-last ni jadinya. Hish..!! Sibuk main politik sana sini. Tempat sendiri terabai. 

Okay, ikutkan hati memang geram. Tak puas lagi nak luahkan macam-macam. Tapi nanti orang cakap over pulak kan. Okay, stop. Yang aku tahu sekarang, aku ada impian nak bangunkan bangsa Melayu yang dah semakin mundur dengan title Islam sebenar. Semoga Allah kurniakan aku kudrat untuk menegakkan semula Melayu Islam yang sebenar. InsyaAllah.

Sekian dari saya yang amat geram..!! Salam. ;(

1 comment:

QUEENPINK said...

bawa bersabar ye..Sabar itu separuh daripada iman....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...