18 September 2011

Kagum Sangat...!!

Assalammualaikum wbt.

Malas bukan alasan sebenarnya. Kehendak nak update blog memang ada tapi nak cakap pasal apa pun tak tahu. Nak cerita pasal minggu induksi siswa? Dah dua minggu berlalu. Nak cerita pasal life dekat U sekarang? Macam typical sangat. Okay, tetiba pap..!! Idea muncul. Yeah..!!

Nak dijadikan cerita macam ni. Hari Khamis lepas UMP ada buat menjemput Tun Mahathir Mohammad ke UMP untuk sesi syarahan umum bertajuk 'Cabaran Kepimpinan Masa Hadapan'. Okay, dijadikan cerita aku tak pergi pun ke kampus Gambang tu tengok secara live Tun Mahathir sebab....bas tak ada. Fine..!! Redha. Aku dengan roommate pun semangat dengan baju koperat semua sekali, hm...hampeh..!!

Itu tak penting. Yang penting ialah pengisian. Aku dapat jugak tengok syarahan beliau kat Dewan Kuliah. Live lah konon. Pergi lah berempat, Aku, Roommate, Akmal Haziq ngan Sharifuddin. Sampai dewan terus duduk lah kan. Tengok live kat LCD, Tun Mahathir dah sampai. Kitorang berempat lahirkan rasa kecewa tak dapat tengok live pakcik Akmal *konon* je. Haha.

Pengisian? Simple. Peranan anak muda untuk masa hadapan. Sejauh mana kemampuan anak muda untuk memimpin negara masa hadapan. Perbandingan yang dilakukan oleh Tun Mahathir amat mengkagumkan aku. Tokoh-tokoh yang disebut oleh beliau kebanyakkan aku tak kenal contohnya Peter Zhen. Ntah sape ntah tu. Yang penting, aku tak tidur okay waktu dia ceramah bagai. Yang aku suka ialah cara pemikiran Tun. Mungkin dia dah matang dan banyak pengalaman. Tapi bagi aku jika ada anak muda yang sebaya dengan aku ni yang berfikiran macam tu, komfom kau lah PM akan datang...!!

Apa lagi ye..yang buat aku terharu waktu dengan syarahan itu ialah ada beberapa soalan. Soalan tak menarik minat aku. Yang menarik minat aku ialah ada lah seorang pelajar ni. Dia just bangun, pergi kat mic dan ucapakan, 'Terima Kasih Tun atas pembangunan ini'. Terharu bhaii..kalau aku kat Gambang time tu memang aku dah cakap dah. Hasih. Jeles sungguh.

Jelas lah kat sini yang aku memang kagum dengan Tun Mahathir. Cara pemikiran Tun amat aku suka. Nak pinjam otak Tun..?? Hehe. Aku kagun sangat dengan Tun. Sangat Sangat Sangat. Apapun, walaupun tak dapat jumpa live aku sangat respect gila gila Tun. Aku terharu sangat dapat dengar syarahan dia. Tak banyak yang boleh aku cerita sebab iainya amat subjektif dan boleh mengundang kontrovesi politik. Okay..stop..!!

Sekian sahaja dari saya yang masih lagi terharu. :))

*blog berhabuk..!!*

2 comments:

aleen aiden said...

ye..nampak anda sangat mengkagumi tun mahathir.mesti rase agak frust kan xdapat tengok die kat gambang tu. :)

Cik Fazira Chumel said...

betul..sangat kagum dengan beliau..alangkah bahagianya jika dia baca blog saya ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...