02 September 2011

Sepanjang Raya Ini

Assalammualaikum wbt.

Lama betul tak update blog ni. Dah semakin usang dah aku tengok. Kesian kau ye blog. kau je yang tak ku update lagi pasal raya. Orang lain semua dah. Takpe. Aku bukan nak cerita pengalaman aku untuk raya tahun ni. Sebab memandangkan semuanya sama je macam tahun-tahun sebelum ni. Jadi, aku nak cerita apa yang terjadi sepanjang perjalanan raya sepanjang 4 hari ni.

Bermacam-macam tempat aku pergi beraya. Yang menambahkan keseronokkannya ialah aku asyik tidur je dalam kereta. So, pada suatu ketika ini, aku nekad lah taknak tidur. Konon lah kan. Okay, tukar topik. Biar pening kepala sikit. Bukan itu sebenarnya, aku nak ceritalah kerenah-kerenah orang yang aku jumpa sepanjang raya ni.

Orang pertama yang bertuah ialah adik aku. Ha..!! Minah ni kalau dapat tidur memang lah. Macam hape ntah. Baru je masuk kereta 10 minit dah tidur. Memang kuat tidur. Aku lah jadi mangsa kena sewakan peha aku yang comel ni untuk jadi bantal kepala dia. Okay, redha je. Bila dah tidur tak ingat pulak nak bangun. Aduh..!! Bangun je mesti tanya, 'kat mana ni??' Memandangkan aku pun join adventure sekali. Aku angkat bahu je lah. Hehe. Ni hah muka bangun tidur. Amek kau..!! Kau bangun tidur, aku amek gambor..


Orang kedua yang bertuah lagi geram aku nengoknya ialah....jeng jeng jeng..papa aku. Ni orang, tak reti pulak nak tidur. Asal aku mintak drive je tak kasi. Asal aku offer diri nak drive, tak kasi. Tak percaya ke kat anakmu yang comel ni papa. Tolonglah percaya..!! Huhuhu. Yang penting papa, kalau semua orang dah tidur, dia akan mula projek karoke kat dalam kereta. Jeng jeng jeng. Semua lagu dia tibai. Pop, dangdut, lagu raya..semua hentam sajalah. Sampai masa tu, aku baru nak bangun tidur lah kan, aku dengarlah suara merdu yang karoke ni. Adush..!! Ingat mimpi tadi, rupanya realiti. Aku tergelak-gelak kat belakang dengar, walaupun papa tak perasan. Hehe.


Next, kakak sepupu aku, Nur Darlina. Dia ni pulak, tak habis-habis dengan nak compare berat dia dengan aku. Itu yang aku tak faham. Asyik duk tergelak-gelak je dengan dia. Story morry memang best lah. Ade je cerita dia. Macam-macam lah. Tapi memandangkan aku ni pemalu, so, aku taklah berstory sangat dengan dia. Hihi. Cuma ayat dia yang tak boleh bla kan,

'Orang sekarang nak mengorat tengok luaran dulu. Bukan dalaman. Tapi akak luar dalam baik dik.'

Okay, fine lah kak. Perasan sunggguh. Aku tak sempat nak amek gambar dengan dia. Busy bercerita. bukan ngumpat okay..!!

Seterusnya yang paling terbertuah ialah sepupu-sepupu kecil aku. Bukan main seronok lagi main sana sini. Amboi-amboi. Jalan sana, jalan sini. Hish. Sampai mangga jiran sebelah pun korang nak kebas. Kalau kebas kasi aku sikit takpe, ini makan untuk korang je. Amboi...!! Geram betul. Yang paling tak boleh bla nya ialah, siap kira duit raya depan tuan rumah. Pastu ayat sama je keluar, 'tak boleh banyak lagi ke?' Amboi..amboi..amboi..kau ingat tuan rumah tu kerja cetak duit ke adik-adik oi. Haha. Tak apalah kan, budak-budak. Meh sini aku story satu kejadian best. Macam ni, waktu pergi satu rumah ni kan. Diorang datang dulu, haish. Tengah tuan rumah tu buat air, datang satu rombongan lagi. Diorang pulak yang macam tuan rumah, siap jemput group tu makan, tuang air bagai. Adui. Kelakar betul. Lepas tu,

'Makcik, duit raya extra tak ade ke?'
'Kenapa?'
'Sebab saya tolong layan tetamu makcik. Hehe.'
*makcik ternganga

Okay, sampai sini je review tentang mereka-mereka yang menceriakan hidup saya sepanjang raya ni. Terima kasih anda semua. Seronok. Yang tambah seronok bila, semua makcik-makcik bagi duit raya lebih sebab nak masuk U dah. Tapi kenalah simpan untuk belanja kat U nanti kan?  Sekarang ni aku suka buat pesanan penaja. Now, aku buat.

Pesanan penaja : Kepada sesiapa yang nak masuk U pengambilan September ni terutamanya buat rakan sebaya batch 1992, sabar jelah tak dapat raya lama-lama. Belajar lagi penting. Jihad..!! Apa-apapun bidang yang anda semua ceburi, selamat berjaya. Belajar sungguh-sungguh tau. Insyaallah dapat grab segulung atau bergulung-gulung ijazah soon. Hehe.

Sekian sahaja dari saya yang fening melayan beberapa kerenah masyarakat a.k.a family aku. Hehe. Salam.

*itu baru 4 kena review, yang lain later lah ^^*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...