28 February 2013

Wednesday Cycling

 Assalammualaikum wbt.

Cuba kira berapa hari dah aku tak update blog ni? Agak-agak bersawang tak? Haha. Tak mungkin. Baru je last week kan. Hari ni hari Khamis. Ya! Semua orang tahu hari ni hari Khamis. Semalam? Rabu kan? Ya! Semalam actually hari koku untuk warga UMP. Tapi kan macam tak ramai je yang beriadah semalam.

Cerita sebenarnya macam ni, mulai minggu ini kami anggota Suksis akan ada aktiviti riadah setiap petang Rabu. Hari kuliah Rabu pun kami kena pakai uniform lengkap. Segak bergaya semuanya. Apapun nak cerita pasal aktiviti riadah je sebenarnya.

Semalam, jurulatih dengan pegawai kitorang datang ke Kampus Pekan yang permai ini untuk beriadah bersama. Hoyeah! Seronok kot. Sesampai je mereka, kami terus berbaris. Cek barisan, panggil nama dan Tuan Samad pun bagi taklimat aktiviti. Kitorang akan berbasikal ke Kuala Pahang. Ambil angin dalam masa yang sama beriadah sihatkan tubuh badan ni. Hehe.

Lepas taklimat, kami jogging dalam skuad menuju ke stor tempat letak basikal. Penat berlari mengejar barisan hadapan. Amboi laju betul bebudak lelaki lari walaupun masih dalam barisan. Lari punya lari, sihat la jugak tubuh badan ni. Lepas sampai je, terus ambil basikal. Lepas tu, ambil helmet sebagai keselamatan. Lepas tu taklimat sedikit dan kami pun terus berbasikal menuju ke Kuala Pahang. Berbaris dalam satu baris sahaja.



Yea! Kami dah tak sabar nak berbasikal.


Library UMP. Gahnya..


Junior ku. Semangat sekali !

Muka penat berkayuh. Haha


Dapatlah tengok permandangan Kuala Pahang. Lama tak keluar ke Kuala Pahang nun. Lepas sampai kat perkarangan Kuala Pahang tu, lepak lepak kejap. Ambil gambar lepas tu, makan aiskrim then balik. Dapatlah jugak singgah beli keropok lekor dengan air. Sebab penat sangat. Minum laju je tak tinggal setitik pun. Haha.

Rasa sihatlah dapat beriadah. Sebab sebenarnya aku ni jarang turun beriadah. So, bila dapat peluang, GRAB je lah. Hehe. Minggu depan apa pulak aktivitinya. Nantikan. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...