07 March 2013

Emergency !

Assalammualaikum.

Sila lihat tajuk saya diatas. Haha. Emergency? Kalau korang, korang fikir apa kalau aku cakap emergency? Actually hari ini adalah hari yang bermakna sangat buat aku. Tak pernah terfikir kat kepala otak aku yang aku akan ke hospital sendiri dan ditahan di wad kecemasan.

Nak tau kenapa aku kena tahan wad? Panjang ceritanya. Tapi aku pendekkan cerita terus ke keadaan kat dalam wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Okay? Hehe. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupa sampai bila-bila dalam hidup aku. Satu pengalaman yang sebenarnya mengajar aku erti kehidupan sebenar. Dengan pengalaman ini jugaklah aku sedar betapa sayangnya orang lain pada diri aku. Betapa pentingnya diri aku kepada orang yang menyayangi aku.

Okay, kembali kepada cerita di dalam wad kecemasan. Aku ditahan di wad kecemasan atas pendarahan yang teruk. Muka pucat lesu, tak bermaya. Tekanan darah rendah dan aku tak dapat bernafas dengan baik masa tu. Sesampai je aku kat wad kecemasan tu, semua duk mengerumuni aku. Mata memang berpinar masa tu, tapi aku gagahkan diri jawab semua soalan doktor yang rawat aku, Dr Akma.

Lepas tu, sesi cucuk mencucuk. Tangan sebelah kanan cucuk amik darah, sebelah kiri untuk masuk air. Sakit jangan cakap. Se 'tough' mana pun aku, tapi kena cucuk jarum memang bukan sesuatu yang aku suka. Sakit jangan cakap, dah nangis dah pun masa tu. Tapi control macho je sebab MA hensem kat sebelah. Haha.

Lepas cucuk mencucuk, tekanan darah aku diperiksa setiap 15 minit. Nak tengok samada stabil atau tak. Alhamdulillah stabil. Sekarang, mesin ECG. Haaaa mesin tu la. Dia check, takut-takut jantung aku pam darah lebih-lebih pulak kan. Panjang-panjang wayar ECG tu. Seram gila aku tengok. Wayar berjela tu pasang kat badan aku. Seram jangan cakap lah. Tapi aku redha je. Ini ketentuan buat aku. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Dalam 20 minit lepas tu, ada seorang doktor lelaki datang, Dr Ho. Chinese! Yup, dia datang periksa aku. Buat scan kat tempat yang berkenaan. Alhamdulillah explaination demi explanation, akhirnya aku faham dan dapat tau kenapa aku jadi macam tu. Syukur tak terhingga sebab tak ada apa-apa yang tak baik terjadi kat aku.

Lepas tu, aku discharge. Dapat ubat dan MC 3 hari. Yeah! Hehe. Apapun pengalaman ni aku tak akan lupa sampai bila-bila. Aku akan ingat sampai akhir hayat aku. InsyaAllah. Banyak pesanan doktor pada aku, jaga kesihatan, jaga pemakanan, minum air masak, makan makanan berkhasiat, jangan aktif sangat buat masa ni. Slow down dengan game. Jangan lasak-lasak. Ermmmm tu je kot.

Hehe. Akhirnya jam 1 tengah hari aku discharge dari wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan setelah 2 jam duduk dalam wad kecemasan tu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Terima kasih kepada kak fadh yang teman sampai ke hospital pergi balik. Shakira, roommate tercinta sebab jaga aku sepanjang aku sakit. Shafiq, sebab care kat aku. Faham aku macam mana. Risau tentang kesihatan aku. Terima kasih jugak pada kawan-kawan yang datang melawat, ambil berat tentang aku. I really appreciate it.

Dan akhir sekali, terima kasih kepada mama dan papa sebab sentiasa doakan kakak supaya sembuh. Jangan risau, kakak okay. Semakin pulih. Mama dan papa doa je untuk kakak. Itu dah memadai. Hehe. Last but not least, terima kasih kepada semua doktor dan staff Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan kerana komitmen anda semua berusaha untuk merawat saya sehingga sembuh. Jasa anda semua hanya Allah je dapat balas.

Sekarang ni apa yang aku ialah, aku akan semakin sihat, menjalani kehidupan seperti biasa. Tak sakit dah. Jaga kesihatan dengan baik dan teruskan perjuangan sebagai khalifah Allah didunia ni. InsyaAllah. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...