Lately ni mungkin aku jarang online. Berubah demi seseorang yang aku sayang. Aku bukan ungkit sangat pun. Aku ikhlas betul tolong dia. Setiap tahun memang mama akan buat kuih raya untuk dijual. Dah 3 tahun aku tak tolong. Tahun ni giliran aku nak tolong disamping terawih dan tadarus tidak aku lupakan.
Waktu mulanya aku memang malas sangat nak tolong. Tapi bila aku dengar nasihat papa aku, aku tolong jugak. Aku letakkan semua keikhlasan dan kerajinan aku setiap hari tolong mama. Mama pernah jugak offer gaji kat aku, tapi aku tolak. Dan mama hanya janjikan sebuah lappy je. Aku tak kisah pun sebenarnya.
Ceritanya sebenarnya macam ni, pada hari ke 10 puasa mama ada mengadu dengan aku yang order kuih tahun ini tak banyak. Aku sneyap je. Tak boleh nak tolong ape lah. Dan aku ada mintak izin jugak nak letak promotion kuih dalam facebook. Tapi mama cakap tak payah.
Aku cuba bagi mama semangat demi semangat setiap hari sebab actually inilah pendapatan mama setiap tahun. So, bila tahun ni order sikit, mama macam sedih lah. Dan yang aku boleh cakap ialah,
Mama....ini rezeki Allah. Tak payah sedih ye. Mungkin rezeki Allah kasi banyak ni je. Kita tak tahu kan. Mungkin ada rezeki lain akan datang. So, sekarang kita redha je dan selesaikan apa yang ada.
Waktu aku cakap tu, aku rasa sebak sangat. Tapi control macho je. Hehe. Bila dah masok hari ke 16 macam tu, tiba-tiba ada kawan mama ni mintak order banyak sangat. Dan ramai yang telefon mintak tambah order last2 minit macam ni.
Dan pada hari ini pun masih ada yang tambah order. Apa yang buat aku terharu ialah mama tak tolak pun semua order2 tu walaupun barang2 dah habis. Yang bertambah sedihnya. Aku ada lah nasihat mama cakap, jangan janji sangat dengan diorang sebab kita pun dah berhari-hari tidur tak cukup. Boleh jejaskan kesihatan kita. Lagipun, barang dah habis. Tapi, mama tetap nak buat jugak.
Sampai suatu malam ni, ada orang telefon nak tambah order banyak gila. Padahal barang memang dah habis. Aku yang duduk kat sebelah mama bagi sign supaya tolak order. Bila mama letak telefon je, mama macam mengeluh.
Mama : Kak, kita kena buat lagi banyak ni. Esok kena pergi Banting beli barang. Banyak sangat ni.
Fara : Ouh. Berapa ma? Banyak sangat ke? Bila boleh habis?
Mama : Hari Jumaat habis lah. Lambat lah kita kemas rumah. Mama penat sangat. Kakak kena tolong banyak tau. Please.
Fara : Boleh ma.
Lepas tu, esoknya mama bangun lambat. Aku yang kejut sahur. Rupanya mama demam, selsema dan batuk. Penat buat kuih. Aku jumpa papa tanya keadaan sebenar sebab seems mama macam sorokkan something.
Papa cakap, diorang nak jugak kuih tu. Diorang tak sampai hati nak kecewakan pelanggan mereka. Apakah? Diorang tak fikir ke kitorang penat. Bangun 5 pagi tidur 12 malam. Ape tu? Ingat kitorang machine ke? Hish. Lepas tu tak fikir ke, bila barang dah habis, habislah. Memang setiap tahun kalau barang habis, mama tak buat lagi dah. So, tak perlu paksa2.
Sedih betul lah orang buat mama macam tu. Nasiblah aku ada. Aku tau mama tabah, baik, tak pernah hampakan orang lain sampai tak fikir perasaan sendiri. Hish. Geram betul. Mama aku dah demam, selsema batuk tau tak???? Sebab korang lah, order last minute. Ingat kitorang kilang ke?? Huh..!!
Apapun yang aku boleh buat hanya tolong dan tolong dan tolong sehingga ke penamat. Insyaallah dengan kudrat yang ada aku akan cuba tolong.
Mama, jangan risau ye. Kakak dengan papa ada nak tolong mama. Kitorang tak harap balasan dah. Semoga mama cepat sembuh dan kita cepat siapkan kuih ni dan shopping. Hehe. Sayang mama..!!
Kat sini aku ada upload sikit gambar rumah yang berserabut dan antara kuih yang aku sempat capture.
*dah dapat lappy baru, papa beli..thanks papa..!!*
4 comments:
Terharu wehh. Kau anak yg baik. Teruskan berbakti kpd ibuayah. Aku salute sama kau ^^
*bulan puasa pulak tu. untung kau :)
thanks wey...alamak rase nak nangis pulak...
wahhh..byknye kuihhh..
buat baik dibalas baikk..
InsyaAllah Allah permudahkan dan bagi kesihatan yg baik pd mama awk ehh..
selamat berpuasa :)
terharu aq dgr cite kam0o..teruskan usaha..aq pun sama jgak.kena tolong parents aq wt tempahan..bkn selalu kita dpt tolong..thn nie je kita merasa...Selamat Puase..!!
Post a Comment