09 August 2011

Aku Tak Suka Budak Kecik??

Assalammualaiukm wbt.

Hidup sebagai anak tunggal selama 14 tahun bukan benda yang mudah dan susah. Sebab kadang-kadang susah dan kadang-kadang mudah. Yang mudah tang apa yang nak semua dapat. Tapi tak semua lah dapat. Most of yang aku mintak kebanyakkannya aku dapat. Yang susahnya bahagian kena jadi yang terbaik. So, ia amatlah susah sekali.

Jadi, sepanjang hidup sebagai tunggul tunggal memang susah la jugak. Bila aku dah besar macam lingkungan umur 10 tahun macam tu. Mana-mana aku pergi semua orang tanya,

"Nak adik tak?"

Jawapan mudah ialah TAK NAK..!! Jawapan susah ialah NAK, tapi tak ada.

So, bila aku dah besar sikit. Aku tak boleh jumpa budak kecik. Tak kesah la umur berapa pun. Tapi memang aku tak suka budak-budak. Bagi aku annoying sangat dengar 'mereka' terkinja-kinja. Padahal dulu aku macam tu jugak. Lagi jahat dari 'mereka'.

Lagi satu, aku tak suka dengar budak menangis. Sakit telinga aku. Dan aku tak boleh tengok 'mereka' main, berlari-lari dan macam-macam lagi lah. Rasa macam nak jerit je suruh duduk diam-diam.


Bila aku umur 13 tahun, rezeki ada untuk family. Aku dapat adik. First impression aku, aku nak cekik je minah ni. Macam bagus sangat, semua orang nak puji kau....hish..annoying betul. Tapi lama kelamaan aku okay la jugak.

Tambah pulak mak aku jaga budak. Memang aku bersyukur aku duduk asrama dari form 4. Tak de lah aku mengadap muka budak-budak tu. Padahal 'mereka' tak de dosa dengan aku pun. Aku je yang over lebih.

Tapi.....ade satu peristiwa yang merubah persepsi aku terhadap budak-budak iaitu bila aku diambil bekerja sebagai guru sandaran dekat sebuah tadika sewaktu bercuti tunggu result SPM. Dari situ lah bermulanya suka pada budak-budak.

Bila aku kerja je, aku rasa bahagia duduk main belajar disamping 'mereka'. Bila cuti je aku rindu 'mereka'. Sehinggakan 'mereka' ini pergi ke sekolah disebabkan aku. Terkejut? Ye. Aku ni bukan pemarah dan pendendam. So, aku tak suka marah-marah if diorang buat salah. Cuma aku tegas. Percakapan aku tegas. Tapi aku still jugak gelak ketwa dengan 'mereka'. Itu sebab 'mereka' pergi sekolah sebab aku.


Bila aku berhenti kerja je ak start rindu 'mereka'. Kalau aku rindu aku call cikgu lagi sorang tu. Yang paling buat aku suka budak-budak ialah 'mereka' yang aku ajar ialah dalam umur 4-5 tahun. Mereka tak panggil cikgu tapi kakak. Nampak? Macam erat kan hubungan. Memang erat.

Tragedi seterusnya buat aku suka budak kecik ialah start dari aku dapat anak buah. Dari situ memang aku sayang budak kecik. Tak kira umur. Pernah ada tokoh cakap,

"Sesiapa yang menyalahkan sesuatu kerana kanak-kanak dia adalah orang yang bodoh."

Sebab, budak-budak yang belum cukup umur dia tak pandai beza baik dan buruk. So, apa yang dia buat salah atau betul semuanya betul bagi dia. So, kita tak boleh lah marah-marah 'mereka' ini. Kita sepatutnya nasihat 'mereka' bukannya marah dan bertindak melulu seperti mendera dan sebagainya.

Sekian dari saya yang sudah mula menyayangi kanak-kanak/budak kecik. Salam.

*tak sabar nak tunggu kelahiran anak buah yang ke 4*

3 comments:

mrs kayrul said...

dulu kayrul pun tak suka gak bebudak kecik nie walaupun adik beradik ramai tapi bila dah ada anak baru lebih memahami kanak2 nie

The Trio Aunties said...

awww aku faham sebab dulu kau banyk cerita pasal tu,rindu kat semua cerita2 kau :( dey

Anonymous said...

pika sukee budak kecik.. :)
and penah jd ckgu ganti kat tbka jugak.. & diowg pon pnggil pika akk.. bkn ckgu.. :) trse muda betol time tu.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...