13 August 2011

Macam Mustahil Untuk Aku Kawin Awal Part 2

Assalammualaikum wbt.

Di kala malam ini aku baru nak update blog yang usang sikit lah. Mungkin? Haha.

Apa yang aku nak smabung disini ialah from part 1 haritu. Yang aku dok cerita kenapa aku mustahil nak kawin awal. Meh aku sambung. Ini antara rahsia terbesar aku lah. Hehe. Antara sebabnya lagi ialah

1) Aku ni memilih

Memilih? Mesti korang cakap, eleh macam perfect sangat nak yang perfect. Aku bukanlah perfectionist sangat. Cuma.....aku nak yang terbaik. Semua orang nak yang terbaik. Macam aku, aku kalau boleh nak yang boleh bimbing aku lagi-lagi dalam soal agama. Aku ni agak jahil lah. Banyak lagi yang aku tak tahu pasal agama ni. So, kalau boleh aku nak seorang lelaki yang boleh jadi imam aku waktu solat dan sebagainya. Kalau dapat imam muda ponn sodap ni. Hehe. Gurau.

Actually, aku dah tengok banyak contoh di depan mata aku orang-orang yang perfectionist ni. Tapi aku rasa apa yang diorang buat tu betul. Haha. Ntah. Jangan fikir sebab apa diorang memilih. Macam orang lain jugak, aku nak lelaki yang ada sense of humor. Yang suka buat orang gelak. Hehe. Suka....!! But tindakan di tegas. So, takde lah orang pijak kepala dia. Hehe.

2) Enjoy life muda aku.

Enjoy disini bermaksud, aku ada impian aku sendiri. Lagipun keluarga aku kecil. Adik beradik 2 orang je. Adik aku kecil lagi. Baru 5 tahun ketika ini. So, aku rasa bertanggungjawab pada dia. Pada aku, selagi dia tak boleh bergantung pada diri dia sendiri aku takkan lepaskan tanggungjawab aku. Aku sayang dia. So, education dia penting untuk aku. Aku kena sara dia dalam banyak aspek memandangkan ayah aku pun akan pencen bila dia dah besar sikit nanti.

2nd..!! Aku nak bahagiakan hidup parents aku. Macam mana aku rasa sewaktu aku kecil sampai sekarang, aku nak kasi mereka rasa pulak kesenangan bila aku kerja nanti. Aku nak mereka rasa kesenangan melalui duit aku sendiri. Aku taknak mereka harap duit pencen je. Dan parents aku ada impian diorang. So, aku nak tunaikan impian mereka sementara masih sempat. Insyaallah. Aku nak jadi anak yang solehah. Balas jasa mereka walaupun mereka pernah cakap yang mereka tak harap sangat pun duit aku. Mereka just nak tengok aku berjaya je.

3) Aku nak jadi yang terbaik.

Aku nak dapatkan yang terbaik so, aku kena jadi yang terbaik. Macam-macam aku kena belajar sebelum aku melangkah ke alam yang baru tu. Banyak yang aku kena belajar memandangkan aku perempuan kan. So, aku kena jadi yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik.

Bukan sahaja jadi isteri yang terbaik/solehah tapi anak yang mengenang budi/solehah, pekerja yang cemerlang/bertanggungjawab, ummi yang cemerlang dan pandai mendidik anak. Semua tu kena prepare. Bak kata nenek aku, kawin sekali je. So, sebelum kawin semua kena tau. Benda kawin jangan buat main-main. Kalau nak rumahtangga bahagia kenalah ikut step yang betul. Ingat..!! 5 tahun awal perkahwinan adalah tempoh yang penting untuk suami dan isteri untuk menilai sejauh mana bahagianya dan berjayanya perkahwinan itu.

Aku bukan apapun. Tapi 3 benda inilah yang aku pegang sampai bila-bila. Dan mungkin itu adalah kelemahan aku. Tak mustahil aku kawin awal jika kesemua yang diatas aku dapat penuhi. Hikhik. :)

Sekian sahaja dari saya yang telah bongkarkan rahsia hidup saya. Salam.

*bukan nak promote diri. harap maklum.*

4 comments:

Mior Syabab said...

ade kebenaran tu ^^

mardhiah yusof said...

bila sampai seru mu, hanya mampu berharap~ hehe. semua orang mestila nak yang terbaik kan? sama-samalah kita mencari :P

kalau boleh main cop2, aku nak cop imam muda hassan! ngehngeh

Ferfarfer said...

TAKLEH GELOJOH KALAU PASAL KAHWIN. KAN TU MASA DEPAN KITA

Farah Fazira said...

mior : insyaallah

mardhiah : aku nak cop imam muda najdi lah..

ferra : betul..kawin sekali je seumur hidup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...