02 August 2011

Ramadhan 1432H

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Hari ini masuk hari kedua umat islam seluruh dunia berpuasa di bulan yang mulia ini Ramadhan. Cerianya tahun ini ialah dapat berpuasa bersama keluarga. Bila dikenangkan zaman-zaman berpuasa di asrama dulu memang sedih. Rindu nak berbuka dengan keluarga semua.

Berbeza dengan tahun ini. Seingat aku dulu waktu berpuasa dan bersahur di SBPI Selandar memang seronok. First time berpuasa dengan kawan-kawan semua. Yang lagi best ialah berbuka dengan kawan-kawan sekelas. Satu meja berbuka ala-ala makan beradab. Makanan? Sedap tau. Free memang sedap. Boleh kata setiap hari dapat makan ayam. Seronoknya..!!


Dan yang seronoknya jugak ialah bertadarus. Seingat aku lah, dulu kami bertadarus beramai-ramai. Dalam satu kumpulan ada 6-7 orang according to setiap form. So, dapatlah mendengar adik-adik dan kakak-kakak membaca ayat suci Al-Quran itu.

Apabila besar sikit, besar ke? Haha. Masuk matrik, lain pulak ceritanya. Kalau kat matrik, berbuka dan bersahur kena survive sendiri lah. Beli sendiri. Tapi yang bab sahur paling kelakar. Tahan lah bersahur 3 hari. Lepas tu, tak bersahur langsung. Bangun sahur, tapi minum air seteguk dan kurma sebiji then tidur balik. Bagi aku, aku buat macam tu untuk mengelakkan aku mengantuk semasa kat kuliah dan tutorial. Dan misi itu berjaya..!!! Disebabkan gaya bersahur itu, dapatlah aku turunkan berat aku. Aku pun tak sangka. Haha.

Dan berbuka pulak, seronok sebab dapat berbuka dengan roommate-roommate tersayang. Waaa...rindunya dengan mereka. Bukan sahaja berpuas Ramdhan, malah puasa sunat yang lain pun aku sentiasa berpuasa dengan mereka. Itulah yang paling aku akan rindu bila aku dah habis belajar di matrik.


Untuk kenangan pahit pula ketika berpuasa ialah semasa di SBPI Selandar dulu aku pernah lah buat dosa. Bagi kawan-kawan lain, salah tu kecil je. Tapi aku yang over sangat menangis tak tentu pasal. Haha. Di mana pada suatu hari ketika hamba Allah cuti berpuasa, aku telah mengambil makanan bersahur di dewan makan di dalam tupperware untuk kepentingan aku sendiri. Hahaha. Aku buat kerja salah ni beramai-ramai dan terkantoi pulak tidur sewaktu semua orang pergi solat Subuh. Haish. Bak kata kawa-kawan aku yang lain, nevermindlah..!! Semua orang ada buat salah. Lagipun kau tak puasa. Alamak..kantoi tak puasa..hehe..perempuan lah...

Apa-apapun kenangan manis dan pahit ketika berpuasa takkan aku lupakan sampai bila-bila walaupun aku dah berkeluarga nanti. Dan kini, di rumah aku masih berpeluang bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga aku. Itulah saat-saat yang aku nantikan selama ini. Lagi-lagi, adik aku yang berumur 5 tahun tu pun dah mula berpuasa. Lagi terasa keseronokannya.


Disini saya menyediakan pesanan-pesanan dari nenek saya setiap tahun...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BAGI SEMUA UMAT ISLAM...
SEMOGA IBADAH YANG KITA LAKUKAN DIBERKATINYA...
MANFAATKANLAH BULAN YANG MULIA INI DAN KEKALKANNYA HINGGA BILA-BILA...

*ada kegembiraan yang akan dialami oleh orang yang berpuasa iaitu semasa ia berbuka*

2 comments:

Afikah Aziz said...

ika masuk ni kali ke3 puasa di tempat org sob3x..sedih tau >_<

Farah Fazira said...

saba ye ika...ada hikmah di sebalik segalanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...