Saat ini mesti semua umat islam sibuk membuat persiapan untuk Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama je lagi. Di saat terakhir ini, Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Syawal pula datang menjenguk kita. Jadi, diharapkan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya dan memberi sepenuh perubahan pada kita tak kira dari apa-apa segi pun. Insyaallah. Diharapkan juga amalan yang kita lakukan semasa bulan Ramadhan lalu tidak ditinggalkan dan diteruskan dalam bulan-bulan lain juga.
Mesti semua pun sibuk kan buat persiapan raya kan? Tapi jangan pula kita lupa pada yang kesusahan tu, jika tak mampu berikan harta, cukup sekadar doa agar mereka turut berbahagia macam kita di Aidilfitri ini. jalan pun dah mula sesak, jadi pada yang belum memulakan perjalanan tu, harap berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang ye.
Okay, di sini saya FARAH FAZIRA BINTI KAMARUZAMAN menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf dari hujung kaki ke hujung rambut jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata dan tersilap perbuatan. Maaf zahir dan batin. Hubungan dengan manusia kita kena jaga jugak kan? So, bermaaf-maafan lah kita di hari yang mulia ni. Takut tak sempat pulak nanti kan. Sesiapa yang aku ada hutang apa-apa, harap halalkan lah ye. Dan yang mana ada terhutang apa-apa kat aku, bayar lah..!! Jangan buat tak tahu pulak ye. Hehe. Gurau je lah. Aku halalkan.
Datanglah raya dirumah ye. Jangan malu-malu, tapi sebelum datang call dulu. Jangan main sergah je. Kang dapat minum air kosong je. Hihi. Gurau. Datanglah..!! Siapa yang dah terlebih umur tu, harap maaf ye, duit raya tak disediakan untuk anda.
Disebabkan aku ni rajin bebenor blogwalking, pada siapa yang aku ada singgah blog tapi tak komen, maaf lah. Kadang-kadang jari-jemariku malas nak menekan keyboard yang cantik ini. Dan pada kawan-kawan yang dekat group-group yang aku join tu, maaf juga jika tak bagi respon dengan apa yang korang post. Harap maaf ye. Bagi yang aku selalu message, tapi tertido tak sempat nak balas, maaf lah. dah mengantuk, tak boleh tahan bro..!!
Dan yang teristimewa, pada kawan-kawan yang sebaya yang akan menyambung pelajaran ke peringkat degree tu, selamat lah ehh.. Semoga kita dapat grab ijazah kita dan kerja yang bagus-bagus kat luar sana. Yang nak pergi oversea pun sama ye. Jangan nakal-nakal pulak kat negara orang, jaga diri.
Maaf jugak sebab tak sempat nak bagi kad raya kat korang, busy bebenor puasa ni. Maaf ye. Dan maaf jugak sebab perutusan ni panjang berjelar.. *baru aku sedar*
Terima kasih kerana menceriakan hari-hari aku. :)
Tulus ikhlas dari hati yang suci Cik Fazira Chumel. ^-^
Ucapan khas Aidilfitri ini buat
Semua keluarga, kawan-kawan di SKS 19, SMK 19, SMK Telok Datok, SBPI Selandar, Kolej Matrikulasi Selangor, Sahabat Blogger, Facebook, Semac Blogging Community, Twitter, Myspace, YM, Fasilitator 2011/2012, Followers dan semua yang mengenali saya.
Sekian sahaja perutusan khas dari saya di Malaysia, tanah air tercinta. :)
Salam. :)
*pada yang tak disebut namanya, maaf juga.*
1 comment:
selamat hari raya :D
Post a Comment