Assalammualaikum wbt.
Di pagi yang hening, aku......hahaha. Saje bajet dengan ayat melankolik, metafora..(okay, merepek..!!). Yang penting, pagi tadi ada satu kejadian yang berlaku membuatkan aku panas hati woo...malu pulak berhadapan dengan orang bukan islam. Haish.
Macam ni ceritanya, pagi tadi lepas hantar adik sekolah, aku singgah kedai. Nak fotostat dokumen yang penting. Sampai je kedai fotostat tu, aunty tu baru nak bukak. Terkial-kial cari kunci. Sekali,
'Adik, saya lupa bawa kunci lah. Tunggu ye.'
'Orait orait.'
Dengan berjanggutnya aku tunggu atas motorsikalku, Pakcik Nouvo Hensem. Haha. Okay, ini bukan cerita pasal aunty kedai fotostat ataupun Pakcik Nouvo Hensem. Tapi, Pakcik Nouvo memang hensem woo...Ini cerita pasal dua lelaki yang mencurigakan.
dah sampai tumbuh janggut misai semua, tetiba ada dua orang lelaki ni datang menghampiri kedai makan india di sebelah kedai makcik fotostat. Dan....lelaki tu melayu tau. Macam mana aku tau, sebab aku pernah nampak diorang kat masjid waktu solat terawih hari 1st n 2nd.
Aku pun pandang dengan muka hairan, curious and whatever lah. Bantai je ape yang aku suka. Haha. Tiba-tiba sorang dari mamat tu tegur aku. Mamat Jongang dan Mamat Juling (bukan nama sebenar)
Mamat Jongang : Ha..!! Ape pandang-pandang???
Mamat Juling : Nak join kot. Uzur ek??
Mamat Jongang : Jom..!! Kau belanja nak??
Mamat Juling : Kalau muka cantik takpe jugak nak pandang kitorang yang hensem ni.
Fara Chumel : Oh. Maaf, saya sedang berpuasa.
Aku chow dari situ, tak jadi fotostat. Aunty fotostat datang lambat sangat. Aku nampak diorang amek nasi lemak dan order air teh tarik. Bengong..!! Tak wajar langsung. Luar islam dalam SAYITONNNIRRAJIM..!!
Haish. Yang buat bertambah panasnya, ada ke patut dia cakap aku tak cantik. Okay okay... itu aku terima. Dan yang dia perasan sangat dia hensem tu kenapa?? Aduhai. Kalau hensem tapi tak puasa tak guna lah jongang, juling. Buang karen je Allah kasi muka hensem. Muka 27sen je. Kat mana-mana pun boleh dapat lah. Hensem lagi papa aku. Hensem lagi abang bakal doktor aku. Hensem lagi bakal suami aku. (insyaallah, dengan yakin sekali).
Dalam hati berkata :
Kau ingat kau hensem sangat ke? Ake memang cantik pon. Kau sibuk pehal. Kalau aku tak cantik pun, janji hati dan amalan aku cantik disisi Allah. Tak macam kau. Harap muka je hensem (konon..!!) tapi hati karat, banyak SYAITONNNIRRAJIM..!! Apelah. Kau tak malu ke dengan orang bukan islam. Nak kata kau perempuan, badan bajet tough. Takkan kau uzur kot. Ha..!! Muka sihat walafiat je, tak lah terlantar pon tak boleh puasa. Bengong..!!
Hati memang panas beb. Tak memasal aku kena sergah. Bengong punya jongang dan juling...!! Harap-harap korang berubah lah. Buat malu je dengan orang bukan islam. Diorang punya lah respect dengan agama kita, bila ada yang macam tu, orang kafir lagi tak respect. Lagi nak ajak kita masuk agama dia. Nampak sangat lah agama kita ni lemah. Hish. Kalau ada parang tadi, dah ku pancung si jongang dan juling tu.
Amaran keras : Sesiapa yang tak berpuasa tu, jangan makan depan orang berpuasa. Dan malulah sikit if kau mampu berpuasa tapi kau tak berpuasa. Hish. Buat Allah laknat je nanti. Subhanaallah.
Sekian sahaja dari saya yang sedang control kemarahan di dada. Salam.
*kalau puasa sahaja tapi tak solat tak guna jugak*
4 comments:
HAHHAA tak puasa! aku ada tengok beberapa orang tak puasa, hisap rokok. batal!
rilek
gua pun tgh bengang gak skang ni
huhu
eh gua ada tag lu kt entry gua
sila ushar eh
:)
saya pon penah jumpa org ceni gak..selamba rock aje isap rokok depan abah saya..dah lah abah saya memang ketagih rokok tahap gaban tyme tu..nasib baik iman dia still kuat..hehe..rasa macam nak lempang aja mamat tu..
Ish. Selambe je dorang ni.. Tak de rasa takut/malu langsung.. hmm. Reject100x.
Post a Comment