Assalammualaikum wbt.
Tadi aku ada terbaca satu blog ni. Okay, malas nak tag dia. Dia seorang yang sebaya dengan aku dah sudah pun melangsungkan perkahwinan atau secara islamic aku panggil bina masjid. Huahuahua.
Ntah kenapa bila aku baca aku rasa geli. Melalui pembacaan aku, dia ada cerita yang banyak persiapan yang perlu dia buat sebelum berkahwin. Pergi kursus kawin. Tang ni aku secara automatik teringat pengalaman pergi kursus kawin temankan seseorang tu. Haish. Kat sana pun aku dah geli geleman.
Bagi aku tak salah kalau kawin awal tapi.........aku kawin awal memang macam mustahil lah. Sapelah nak dekat aku yang perangai macam budak-budak ni. Haish. Takkan aku nak layan suami aku macam budak-budak pulak. Kan tak matang tu.
Lagi satu, aku tak boleh pulak tengok pelamin. Macam scary je. Bukan apa. Bila aku naik je *try* waktu cousin aku kawin, aku macam gayat je dok atas tu. Lagi pulak duduk sebelah lelaki. Adus...macam mana ni nak kawin...??
Lagi satu, mama ngan papa ada tanya aku pasal kawin jugak. Tapi cepat-cepat aku tukar topik. Adeh..perit telinga nak dengar. Lagi-lagi pasal hantaran semua.
Waktu aku balik kampung aritu, aku dengar mama aku cakap dengan mak(mak long aku) pasal hantaran kawin. SPM-RM8000, Ijazah-RM10000, Master-RM20000. Apakah itu? Duit? Sedap je dengar. Shopping best tu. Hekhek. Lepas tu, terus cousin aku cakap,
"Fara, kau nak buat Master kan pas degree?? Cantek la tuh. RM20000 hantaran kau?"
Apakah? Aku buat-buat paham je time tu. Asal nak banyak-banyak sangat ni. Kesian bakal suami aku nak carik duit. Mungkin itu sebab aku tak suka kawin awal dan suami aku sebaya. Nanti nak kawin pakai duit mak ayah dia. Kesian lah....
Sekian sahaja part 1 dari aku. Aku geli..!! Salam.
*gambar atas tu sweet betul...*
1 comment:
haha.. sy pun macam tak sanggup la kawin awal.. byk tggungjwb nk kena pikul..
tapi respect la kat kwn2 yg kawin awal ni.. hehe.. =)
Post a Comment