11 May 2014

Liga Super 2014

Assalammualaikum.

Hai bloggers! Harini aku nak ulas sikit pasal game semalam, Pahang vs Selangor dalam Liga Super di Stadium Darul Makmur. Aku bukan pemain professional bola mahupun peminat tegar. Tapi aku sekadar ingin berkongsi pendapat aku.

Semalam, jam 8.45 malam sepak mula antara pasukan Pahang dan Selangor dimulakan. Sebagai anak jati Selangor, apa yang aku boleh katakan Red Giant aku mampu walaupun pagi tu jurulatih aku ade kata, Pahang kalau main kat tempat sendiri tak pernah lagi kalah. Ayuh kita lihat ramalan pakar.






Sebelum sepak mula, inilah dia barisan pemain Selangor, Red Giantku. Kalau tengok rekod diorang clean lagi tanpa sebarang kad kuning mahupun merah.




Game semalam pada first halfnya memang hambar. Apa yang aku boleh katakan, aku mengantuk tengok game semalam. Pemain Selangor menerima banyak asakan dari pemain Pahang. Tapi bagi aku benda tu normal sebab kalau aku jadi pemain, takkan aku nak bagi musuh permainan aku masukkan gol ke dalam gawang. Ye dok? Hehe.

First half punya cerita, berkali kali peluang bagi pemain Pahang sumbatkan gol ke gawang Selangor. Tapi orang kata apa, REZEKI. Tak ade rezeki. Tak masuk satu pun. Farizal Marlias sebagai penjaga gol, seriously aku tengok memang dia semangat. Semangat juang dia tinggi. Nampak effort dia walaupun menerima banyak asakan.

Dan akhirnya, 2nd half game, Andik Vermansyah pemain import Selangor menjaringkan gol pada minit ke 65'. Nampaknya penantian peminat Selangor berakhir. Alhamdulillah. 2nd half memang sengit. Masing2 nak kan gol. Satu pun cukuplah kan? Pemain Selangor nampak lebih struggle. Permainan tersusun compared dengan first half permainan mulanya. Dan akhirnya, kami Selangor get one goal. Yeay!




Ini yang kami dapat di tempat lawan. Pemain Pahang juga tak kurang hebatnya contohnya Azamuddin Akil (12), Azidan Sarudin (8) dan Hafiz Kamal (21). Memang hebat. Corak permainan 4-4-2 memang betul betul ditunjukkan oleh pemain Pahang. Pahang superb!

Tahniah kepada pemain Pahang dan Selangor yang menunjukkan ke'professional'an anda dalam permainan. Penyokong Pahang juga hebat, awesome. Penyokong Selangor apatah lagi hebatnya. Bagus, berada di tempat orang, kita behave sebaik mungkin. Alhamdulillah. 

Okay, itu sahaja. Permainan ditamatkan dengan keputusan Pahang 0-1 Selangor. Yeay! Tahniah Selangor! Tahniah VivaSelangor! Tahniah Red Giant! Okay, bye. Assalammualaikum. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...