30 April 2014

Dua Insan Mulia

Assalammualaikum.

Hai bloggers! Esok 1 Mei bersamaan 1 Rejab. Jadi bermakna kita mempunyai peluang untuk menambah amalan kita melalui puasa sunat pada bulan Rejab ni. Banyak kebaikannya tau. Ustaz masa sekolah dulu selalu cakap, "Biar sedikit daripada takde langsung." Maksudnya, biarlah kita puasa 2 3 hari pun, daripada tak puasa langsung. Maksudnya kita dah lepaskan peluang keemasan yang sangat berharga ni.




Actually, 1 Mei ni cuti. Boleh dikatakan cuti lama lah. Sebab weekend ni pun takde training. Tapi ade sedikit kekesalan disini. Cuti 4 hari ni, aku tak dapat balik rumah. Atas sebab sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Jadi, rindu ni dah sampai tahap maksimum ape ntah. So, nak buat pelepas rindu aku nak story lah sikit pasal dua insan mulia dalam hidup aku ni.

Memang tak dapat dinafikan, kita hanya ada dua insan mulia yang perlu kita berbakti padanya hingga akhir hayat mereka mahupun kita. Hatinya hendaklah dijaga. Lagi berumur, lagi sensitif. Inilah dia, Mama dan Papa aku.


Ini gambar lama.

Dua insan yang sangat mulia bagi aku. Sangat aku sayang. Okay, aku start dengan Mama. Mama ni seorang yang hati lembut. Mudah terasa hatinya. Bagi papa aku, sebagai seorang suami, aku dapat rasakan betapa sukarnya dia kena jaga hati mama. Selembut wajahnya, lembut lagi hatinya. Aku akui sebagai seorang anak, aku juga hadapi kesukaran nak jaga hati mama. Kadang2 darah muda ni cepat je nak melenting, tapi aku sebelum buat ape aku fikir baik dan buruknya. Tapi sebagai manusia biasa, lumrahnya aku kadang2 terjebak dengan symptom darah muda aku. So, faham2 je lah.

Compared mama dengan papa, aku lebih takut dengan mama. Mama ni semua orang kata dia garang. Aku banyak pendam semua benda dengan mama. Aku tak suka buat mama susah hati. Jadi in case aku ada masalah, aku simpan aje tak pun aku cerita dengan kawan. Hmmmm apa lagi pasal mama. Mama macam aku, persahabatan adalah segalanya.. Dia sangat menjaga hubungan sesama manusia. Dengan ketegasan yang dia ade, orang sekeliling mudah percaya pada dia, mudah senang dan mudah hormat dia. Itu aku respect!

Apapun yang jadi antara aku dengan mama, aku dan Allah je tahu. Aku tak pernah bagitahu papa sebab aku tahu papa akan menyebelahi aku. Jadi, nak mengelakkan mama terasa hati, aku pendam aje. Thats me. And thats her. Aku tetap sayang mama sama macam aku sayang papa, walaupun nak compared mama dengan papa, aku lebih close dengan papa.

Okay, next! Papa. He is the only hero I have. Disebabkan aku tak ade adik lelaki/abg, tempat bermanja aku dari kecil sampai dah dewasa ni, ni lah dia tempatnya, Papa. Aku bersyukur pada Allah sebab dia masih tinggalkan aku seorang lelaki yang menjadi tulang belakang aku dari aku kecil sampai sekarang. Disebabkan aku tak rapat sangat dengan mama, jadi banyak masa aku habiskan dengan papa. Papa layan semua minat aku. Papa beri semua yang aku nak. Papa tunaikan apa sahaja hajat aku. Sebab tu aku sayang papa lebih. Seriously, aku tak tahu macam mana aku nak hidup kalau papa takde depan mata aku.

Orang pernah kata, Allah akan ambil orang yang kita paling sayang sebab nak tengok sejauh mana kesabaran kita. Ini orang yang aku paling sayang, aku harap Allah tak ambil dia sebelum Allah ambil aku. Tapi kalau itu ketentuannya, aku redha. Papa, seorang yang cool, rilex, penghibur dikala duka. Apa je cerita papa walaupun tak best, aku dengar je. Walaupun tak kelakar, aku ketawa je. Walaupun takde kena mengena, aku layan je. The best person ever I had. 

Haa tadi aku ade kata kalau ade something happen between me and mama, papa akan menyebelahi aku kan? Sebab, papa ni seorang yang protective. Dia tahu, aku yang belum cukup ilmu di dada ni, banyak benda aku tak tahu. Jadi, papa sampai sekarang pun dia ingat aku budak kecik. Dia akan protect apa sahaja. Thats why, dia akan sebelahkan aku sebab dia fikir aku ni masih budak kecil yang tak boleh fikir baik dan buruk. 

I always told papa supaya anggap aku ni dewasa. Pernah satu masa, aku nak keluar dengan member, papa risau nak izinkan. Dia asyik call je, sampai aku kata, "Papa, kakak ni dah besar. Dah boleh fikir baik buruk. Papa jangan risau. I'm okay." Sejak haritu, dia label aku sebagai anak yang independent. Dia percaya ape sahaja yang aku buat. Dia yakin ape yang aku buat baik untuk aku. Walaupun naluri seorang ayah ni, dia tak tunjuk yang dia risau, resah, sedih, tapi aku faham dari sudut hati dia masih ada yang tak kena.

Banyak lagi nak cerita pasal papa ni, tapi daripada air mata aku meleleh je tetiba, baik aku stop. Haha. Rindu weh. Rindu gila! Okay sampai sini je lah cerita pada dua insan yang aku sayang. Sekarang ni, aku sayang dua dua. Apa jadi sekalipun, aku takkan tinggalkan dorang. Janji aku satu, aku akan bagi dorang senang macam mana dorang bagi aku senang dari kecik sampai sekarang. At least, kalau tak dapat senangkan dengan harta sekalipun, aku akan bagi dorang pergi hadap Illahi satu hari nanti dengan wajah gembira, tenang dan bangga ada anak macam aku. 

Itu je lah. Sekian, Assalammualaikum. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...