22 June 2011

Best Friend Forever di SeMaC

Assalammualaikum wbt.

Awak, post hari ini spesel untuk awak. Oppss..sorry, speacial untuk awak. Awak nak tahu tak, semalam saya tengok gambar kelas kita. Tergelak saya bila tengok semua. Rindunya awak dengan semua classmate kita. rindu nak memekak kat dalam kelas Puan Mashitah, rindu nak sakat Puan Rudziah lagi. Huhu. Awak tahu tak, semalam saya tidur lambat tau. Saya tengok gambar candid kelas. Rindunya awak. Awak rindu kat saya tak? Awak, tengok gambar ni, awak ingat tak?

*kelakar la awak gambar ni.*
Awak, first time saya masuk kelas saya tak kenal siapa pun. Saya just kawan ngan yaya je. Oppss.. Fatihah Fudeen je. Mesti awak rasa saya sombong kan? Tapi, lepas bebanyaknya konflik akhirnya saya kawan dengan awak. Saya suka kawan dengan awak. Saya suka sakat awak. Dan awak ingat tak waktu kita nak dapat result PSPM 1, awak tak nak tengok, tapi saya paksa jugak awak tengok. Hebatnya awak. Awak pandai. Saya kagum dengan awak tapi awak selalu cakap yang saya pun pandai jugak, mungkin tak ade rezeki. Dan hari kita pun berlalu macam biasa, kita belajar sama-sama. Bila nak masuk kelas tutorial je saya akan jagakan tempat awak. Tapi, awak tau yang paling tak bestnya ialah bila suruh build group je mesti saya tak sama group dengan awak. Mesti awak satu group dengan Zaza. Saya tak kisah pun, asalkan kawan saya ni bahagia.

Dan awak ingat tak satu hari ini kita berdua pakai baju sama warna biru? Semua orang tegur kita pakai baju sama, kita plan ke? Tak kan? Kebanyakkannya semua kebetulan kan? Hurm. Dan sebelum masuk kuliah matematik Puan Mashitah, kita ada ambil gambar kat depan signboard. Ingat tak? Mungkin dengan gambar ini awak ingat kot.


*sweetnye kawan saya ni*

Ha? Ingat tak? Sweetnya gambar awak. Dan awak ingat tak ade satu hari ni awak pakai baju pink dan saya pakai baju purple. Awak suka sangat dan saya rasa biasa je. Awak suruh saya ambil gambar kita tapi saya malas dan saya suruh awak pakai handphone awak, awak kata nanti memory awak full. Saya pun ikotkan aje awak punya suruhan tu. Dan hasilnya, tadaaaa....


Dan yang paling saya suka ialah handphone kita. Heee..Sama!! Kebetulan kan? Tapi kan awak, saya dah tak pakai handphone tu, tapi saya tetap simpan. Dun worry. Masih dihatiku. And awak ingat tak before PSPM 2, saya bagi awak teddy bear. Saya rasa awak simpan lagi teddy bear tu. Cute kan? Saya letak kat phone, awak pun. Hee. Ni yang buat saya sayang kat awak ni. Hee. Pastu sepanjang study week saya tak jumpa pun awak. Awak ingat tak, kita pernah gaduh sekali je. Hee. Pasal duit kelas. Sorry sebab tinggikan suara time tu, tak sengaja. Saya memang tak ade mood dan tak tahu pulak yang awak terasa. Maaf ye awak, tapi lepas tu kita okay kan? Saya rasa among kita berdua awak la yang selalu sakit. Eh, tak. Awak ta selalu sakit, tapi bila awak sakit la paling teruk. Ingat lagi awak demam teruk, saya bagi awak makan panadol dan makan bubur. Tapi awak bawak balik bubur tu. Tak apelah, janji awak okay kan? Awak ni lah gambar handphone kita yang sama serta teddy bear kita tu. Weee..

*Eh, kenapa terbalik..lantak lah kan. Janji ada.*


*cumel kan?*

Memang comel kan? Semalam baru je saya text awak. Awak sihat? Mestilah. Saya rindulah pada awak. Awak simpan tau video yang saya kasi awak tu. Dan surat awak tu saya sentiasa simpan. Dan hari terakhir saya ingat awak tak banyak cakap dengan saya. Saya tak tahu kenapa? Saya sedih sangat nak tinggalkan awak. Sebab saya tahu awak jenis yang susah nak keluar rumah, saya pun. Jadi saya risau tak dapat jumpa awak lagi. Alhamdulillah, sekarang saya dan awak tak lost contact. Awak sentiasa dihati saya. Banyak tolong saya, bagi pendapat kat saya, bagi sokongan. Awak, semoga kita jumpa di universiti ye? Saya sentiasa doakan awak berjaya. Awak kawan yang baik, pandai dan saya selesa berkawan dengan awak. Sayang awak ZATIL HIDAYAH BINTI MARHADHA..!! Awak jaga diri tau. Jaga teddy bear ye. Dari kawan awak yang comel, Farah Fazira bt Kamaruzaman. Kita BFF kan? Yes, kita BFF..!!

Sekianlah ceritera saya tentang kawan baik saya di matrikulasi. Salam. :)

1 comment:

muaz syamil azizan said...

special, bukan speacial huahuahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...