17 June 2011

Lu Pikir La Sendiri

Assalammualaikum wbt

Lama dah tak post entry kat blog ni. Hari ini lain sikit. Sebab apa? Sebab hari ini saya ingin mengulas sedikit tentang topik budi bahasa. Kelmarin, saya dan keluarga pergi makan malam kat sebuah restoren ni. Nak dijadikan ceritanya, adalah orang sebelah meja kami ini terjumpa kawannya. Entah berapa lama tak jumpa pun saya tak tahu. Yang saya ada tak puas hati sikit tu, ada ke patut dia tanya kawan dia, "Makan ke?" Haish. Kalau la saya jadi kawan dia, dah lama dah saya cakap, "Eh, tak la. Tengah basuh kapal terbang.". Bukan ke tanya soalan bodoh tu. Sepatutnya, dia tanya lah khabar kawannya itu. Itu orang yang dah berumur. Belum kita tengok lagi orang muda ataupun lebih dikenali sebagai BELIA.

Sepatutnya, orang yang lebih makan garam ataupun lebih selesa dipanggil orang yang dah berumur ni perlulah tunjukkan contoh yang baik depan kaum muda ini. Bukannya macam tu caranya. Saya ada satu cerita lagi. Sewaktu saya di Gambang, Pahang. Saya dan keluarga pergi mandi-manda di taman tema air disana. Apa yang mengejutkan saya yang dah hidup 19 tahun kat dunia ini ialah adalah seorang kanak-kanak ni dalam lingkungan umur 8 tahun, bukan main sopan lagi. Saya dan papa sedang duduk di pondok untuk makan tengah hari. Kami menunggu mama beli makanan, budak tu lalu depan kami siap tunduk lagi. Eh, terkejut saya. Kat tempat awam pun ada jugak manusia yang masih sopan lagi. Papa cakap, itulah yang dikatakan BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

So, saya kat sini nak mengulas lah. Bukan nak cakap orang yang lebih tua ini tak bagus. Tetapi sepatutnya orang lebih tua ini ataupun yang dah lama hidup ini haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang lebih muda ataupun setahun jagung ini. Ada pepatah melayu cakap, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Apa yang saya dapat simpulkan ialah, tak kiralah tu ataupun muda budi bahasa haruslah dijaga walau dengan sesiapa pun. Terutamanya dengan orang luar untuk tunjukkan imej yang baik.

Sekian. Salam.

1 comment:

[muaz] said...

orang tanya "makan ke?" pun dikait dengan takde budi bahasa ke? tu kawan dia kot!! --_--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...