19 June 2011

Sukan

Assalammualaikum wbt.


Mungkin tajuk post pada hari ini kurang menarik. Tapi, bagi saya ia sangat menarik. Apa yang terlintas di fikiran anda bila tengok tajuk ni. SUKAN? Mesti terfikir pasal bola sepak, badminton, squash dan sebagainya. Tapi tajuk pada hari ini menjurus kepada sukan yang paling popular dalam kalangan kaum Adam ialah BOLA SEPAK. Sebenarnya, bukan semua kaum Adam suka main bola sepak, ada yang tak suka jugak. Dan tak semestinya wanita tak suka permainan bola sepak ini. Saya pun suka tapi tak lah fanatik sangat. Yang menariknya tentang bola sepak ini ialah semangat berpasukan.


*eleh setakat nak kejar bola je..!!*








Tak kisah la apa nak cakap kan. Haha. Minggu lepas seingat saya ialah perlawanan liga super antara pasukan Kelantan dan Terengganu. Pada saya first time saya tengok dua negeri kuat sebelah timur berentap dalam satu padang. Fuhh.!! Mantapp jugak. Pada mulanya, terkejut tengok orang ramai menjerit kat rumah sebab Kelantan dapat jaringkan gol.

*actually time tu kat kampung.*


Selepas beberapa minit, pasukan Terengganu pulak dapat jaringkan gol. Fuhh..!! Hebat jugak pasukan ini. Dan target saya pada awalnya 1-1 mengena. Tapi agak meleset bila ada penambahan masa. Hurm. Redha je lah if salah satu kalah. Tiba-tiba Terengganu dapat jaringkan gol. Lagi sekali saya terkejut dengar orang menjerit.


*terkejut sebab terjaga dari tidur*

Yang paling saya tak tahan nak ketawa ialah tengok muka abang sepupu saya yang penyokong negeri Kelantan ni. Sorang-sorang pulak tu, yang lain semua sokong Terengganu. Sedih je bila orang harookk dia sebab Terengganu dapat jaringkan gol. Haha. Kesian. Tapi saya paling suka ialah bila saya balik kampung tengok bola dengan orang-orang yang bersemangat. Saya yang minat sikit ni pun jadi minat la jugak. Lagi-lagi dengar kaum-kaum Adam dalam keluarga saya menjerit-jerit apabila pasukan mereka dapat menjaringkan gol. Saya dapat banyangkan if keluarga saya ada buat trip family untuk menonton bola di stadium. Agaknya, mesti suara saya habis bila sampai rumah. Hahaha.

*biasalah budak LEMBIK*

Tapi apa-apa pun, adat permainan kan? Menang dan kalah. Tak silap saya pada perlawanan tu, Terengganu menang dengan Kelantan iaitu 2-1. If ta silap la sebab saya sambung tidur selepas Terengganu dapat jaringan yang kedua. Hahaha. Saya memang kaki tidur. Haha. Kantoi sudah..!! Kat sini saya ada post sedikit gambar pasukan Terengganu menang perlawanan Liga Super tu.






*ambil kat internet je.*



Sekian. Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...