11 December 2011

Rainy Day.

Assalammualaikum wbt.

Hari ni di UMP Pekan, sepanjang hari hujan. Life aku sebagai student tak akan berubah pun jika hujan tau panas. Sebab? Sebab sama je la, if hujan atau panas hidup sebagai student still sama. Belajar, belajar dan belajar. But you know what? Inilah pertama kali aku menghadapi situasi ni.

Pertamanya, semalam aku dengar kawan-kawan cakap Kuantan dah banjir. Sampai paras lutut. Adoi, terkandas lah nak keluar. Banjir depan Berjaya Megamall. Memang nak masuk Kuantan tu akan lalu Berjaya, so, kesimpulannya NO keluar..!! Kuantan banjir? Kenapa ek? 'Dekat dengan sungai kot'. Roommate aku cakap lah. Haha. Tapi alasan logik, boleh diterima pakai. Ni antara gambar ehsan dari google. Want more information click HERE.








Kedua, bila hujan je, memang aktiviti harian ialah tidur kan? Haha. Memang aktiviti popular dikalangan student lah kan. Lagi-lagi di UMP Pekan. You know what? Setiap hari hujan...memang terbaik lah. Lagi-lagi bila weekends kan. Memang terbaik lah. Tapi kan, susah tau hujan. Why? Sebab, nak keluar habis semua basah-basah. Hujan kat UMP Pekan pulak bukan hujan straight. Hujan ikut angin. Memang angin yang menentukan ke mana hujan pergi. Haha. Macam tu lah. Sejuk jangan cakap lah. Pakai sweater je. Tapi seronok jugak, bak kata kawan aku, Shakila. 'Macam duduk oversea. Pakai sweater, stokin'. Haha. Kelakar.

Next, yang paling tak best, semua aktiviti yang aku plan semua tak jadi. Tapi aku redha je la. Mana tau ada hikmahnya kan. Bak kata orang, 'Kita merancang, Allah menentukan.' Macam-macam lah. Macam hari ni, actually pukul 5.30 ptg tadi aku dengan my girlfrens ada plan nak pergi jogging then main bola lempang@tampar. Tapi...hujan..!! Arghh..kawan aku dengan sukanya cakap, 'Okay, selamat berhibernate semua..!!'. Haha. Ingat aku beruang ke ape? Haha.

Dan yang terakhirnya, baju tak payah basuh. Pakai banyak kali ye. Basuh tak kering, kalau pakai pon tak berpeluh so, tak payah basuh. Hehe. Hidup lebih tidak terurus. Kesejukan, cramp, semput, selsema, demam, sakit kepala. Haish. Dugaan untuk final exam ni. Tak ape, Allah masih sayangkan aku. Hihi. Okay, last post gambar, suasana selepas hujan di UMP Pekan. Tapi still hujan jugak time ni. Range dalam pukul 6.30 pm td.


Sekian sahaja cerita merapu dari saya di hari yang hujan 11 Disember 2011. Salam. :)

*Dah 2 hari aku mandi hujan di tengah hari. Seronok..!! Kalau demam pun seronok jugak kan?*

1 comment:

Hafizin Jamil said...

tak yah pakai la baju kalo dok tido je kan...?hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...