23 December 2011

Dengan Result Itu ....

Assalammualaikum wbt.

5.34am?? Aku tak tidur lagi. Sebab aku dah tidur dah malam tadi lepas isyak. Hehe. Semalam, 22/12/2011 kan? Dengar kata result PMR keluar kan? Adik-adik junior yang ambil PMR mesti ada yang excited ambil result. Ada jugak yang takut, cuak. Lepas ambil pulak mesti ramai yang menangis, tapi ada jugak yang cool je. Ada jugak yang habis renyuk kertas keputusan tu. Hehe. Haish. Teringat pulak waktu dulu-dulu ambil result PMR. Hurm..ni yang rasa nak mengimbau kenangan lalu. Hihi.

Aku ingat lagi waktu aku nak ambil result PMR dulu memang tak tidur malam la. Macam-macam fikir, apalah keputusan aku tu kan? Tapi, alhamdulillah. Rezeki Allah beri kan. Kebetulan tarikh dulu ambil result 27/12/2007 sehari selepas birthday mama. Memang hadiah birthday mama lah.

Sekarang ni, bila tengok adik-adik ambil result UPSR, PMR, SPM bukan teringat zaman dulu ambil result. Teringat apa yang dah jadi sekarang. Dengan result itulah aku masuk universiti. Dengan rseult tu jugak lah aku masuk matrik. Dengan result tu jugaklah aku dapat happykan mama dan papa aku. Berjaya sampai sekarang. Alhamdulillah. Bak kata orang, rezeki ada dimana-mana sahaja. Just grab it..!!


Betul, dengan result itu jugaklah aku jadi manusia sekarang. Dengan result itu jugak lah yang akan menentukan masa depan aku. Sekarang ape yang penting ialah semangat aku dan usaha aku. Sekarang lah masanya untuk aku buktikan yang aku boleh success. InsyaAllah. Aku pun belum puas lagi happykan parents aku.

Apa yang paling penting is : Semangat, fikiran yang positif, usaha yang berterusan, cita-cita, tawakal dan doa. 


Sekian dari saya yang membebel dikala orang lain sedang dibuai mimpi. Salam. :)

1 comment:

anahiettah afibs said...

semoga kejayaan sentiasa menemani mu dik..doa akak disini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...