26 December 2011

Monday's Stories.

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Baru sekarang dapat update blog yang terchenta ini dikala masa rehat selepas study ni. Minggu ni kan..study week..!! Jadual belajar telah diatur. Tak lah gempak sangat. Belajar ala kadar je cuma sedikit hard untuk cover balik test-test yang result teruk sangat. Hehe. Ini lah jadual belajar saya..!!


Nak tau tak? Hari ni kan Hari Ulangtahun Kelahiran mama yang ke 44. Happy birthday mama..!! May Allah bless you. Doa kakak sentiasa mengiringi mama. Insyaallah.


Dan sebenarnya nak cerita ni tau, hari Sabtu minggu lepas bersamaan 24/12/2011, berlangsungnya Sukan INTRASUKSIS menggantikan latihan sebelum study week ni lah. Macam-macam jadi. Seronok sangat. Okay, firstly, pagi-pagi tu ada ujian lari 2.4km. Lari punya lari dapat 21.09 minit. Banyakkan? Kenapa lambat? Ntahlah. Mungkin sebab aku lari lambat sangat. Aku tak duduk depan, aku duduk belakang. Aim aku ialah first, aku nak lari constant tanpa berhenti, Second, aku taknak push sangat sebab aku takut semput. So, aku lari la dengan constant dan tak push. So, berjaya habiskan TANPA berhenti tau. Hebat kan?


Lepas tu dalam pukul 9 pagi macam tu, game pun nak mula la ni. Tetiba hujan, tak hujan. So, nak tannak game pun start la. Bola jaring dengan futsal. Dua game je pagi, petang sat lagi bola tampar pulak. Aku kan group special branch (SB). Rumah merah..!! Haha. Wakil la main bola jaring. Bajet sungguh la macam player kan. Haha. Padahal rules bola jaring pun aku tak tahu. Main tibai je la. Asal main. Hehe. Main dalam hujan tau. Repeat..!! Dalam HUJAN ye. Memang kuyup la.

Pun boleyy la..credits to SisiLensaku
Zaman kegemilangan telah tiba, bila game dengan group UTK, rumah hijau kan, aku dapat sumbang gol kat group. Hoyeah..!! Macam-macam posisi aku main, Goal Shooter, Goal Attack, Goal Defend, Wing Defend dengan Wing Attack. Tapi, haish...satu benda je aku paling ngeri ni. Aku jatuh tergolek-golek dihimpap oleh seorang akak senior. Tapi apa kan daya, main jugak. Dapat free ball. Haish..tak gol pulak time ni. Hihi.

Petang pulak main bola tampar, yang ini buka profession aku lah. Aku tau tampar je. Aku tampar ikut suka kan. Hehe. Tapi apa kan daya, asyik tak dapat serve je. Tak lepas. Huhu. Okay, akhir sekali. Mula-mula aku dok ingat SB dapat number last or number 4. Rupanya number 3. Perghhh..ini tak percaya. Terkejut gila. Tapi enjoy la main dengan kawan-kawan semua, senior. Seronok..!! Dapat lah tau macam-macam method permainan. Lepas ni SUKSIS boleh buat lagi sukan macam tu, tapi nak fight antara Tahap pulak. Baru syiok. Hehe.

Credit to Kak Najibah. SB the best..!!
Apapun yang aku alami minggu ni, semuanya beri aku sedikit sebanyak pengalaman. Maaf jika tidak terhibur membaca blogku ini. Sekian sahaja dari saya yang sedang mengharungi study week. Serius, study week tak best..!! Balik rumah lagi best. Hihi. :) Salam.

*Final exam aku, 3 Jan, 5 Jan, 9 Jan dan 11 Jan. Good luck all UMPians..!!*

1 comment:

Aida Effarina said...

wahh fara aktif ek bersukan.. sy ni aktif sukan dlm mimpi je laa. hehe! :P

gudluck n all the best for ur final. moga dapat 4 flat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...