Assalammualaikum wbt.
Memandangkan sekarang ni pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia sedang sibuk membuat persiapan untuk menghadapi final exam yang agak-agak tinggal sebulan je lagi. Jadi disini, aku nak bagi sedikit tips untuk belajar di saat sebulan ini. Hehe. Tapi disebalik tips yang selalu aku gunakan ni tak berjaya pun. Tapi ada sesetengahnya berjaya. Nak tau kenapa? Jom..!!
1) Tidak mensia-siakan biarpun seminit.
Ini punya tips, TIDAK mensiakan seminit pun. Kadang-kadang seminit bagi aku pun cukup untuk lelapkan mata. Bukan untuk study. Haha. Itu kat matrik la. Insyaallah dekat universiti ni aku dah kurangkan kot...hahaha.
2) Membawa buku kemana pergi
Memang ke mana pun aku bawa buku. Muka buku. Dalam handphone. Hehe. Yang ni, aku jarang buat, tapi dekat universiti ade jugak la aku buat. Sambil jalan pun boleh buat math. Baca english. Hehe. Tapi ala kadar je lah.
3) Gunakan masa awal pagi
Awal pagi? Awal mana? Awal pukul berapa? Pukul 2 3? Aku baru tidur. Hehe. Tapi kadang-kadang aku tidur awal dan bangun pada awal pagi untuk belajar, tapi di universiti baru 4 kali je aku buat. Insyaallah nanti aku buat banyak kali sikit. Hehe
4) Buat nota ringkas
Buat nota ni aku setuju. Ni dari dulu sampai sekarang aku buat. Tapi sekarang lagi senang fotostat orang punya kan? Tapi aku tak suka fotostat orang punya. Aku tak paham. Bila tak faham, nanti aku banyak komplain. Baik tak payah. hehe.
5) Mengikut jadual sepenuhnya
Jadual. Baru minggu lepas aku buat jadual. Tapi jadual tu aku buat hanya untuk preparation aku nak exam je. Jadual yang standard aku buat bila aku nak final exam. Insyaallah aku ikut. Tapi sepanjang zaman aku hidup, baru sekali je aku ikut jadual belajar aku sendiri. Waktu final exam kat matrik dulu. Hehe
6) Berikan penumpuan dalam pelajaran yang lemah
Ini memang semua aku lemah. So, memang aku akan focus semua. Sekian..!!
7) Mengunjungi perpustakaan
Library? Tidak, sejuk gila. Tak sanggup, lagi aku tidur adelah. haha. By the way, library di UMP hanya untuk yang rajin nak mampus. Aku rajin jugak, tapi belum nak mampus. Hehe.
8) Imbangkan masa kokurikulum dan akademik
Ini pulak, aku rasa sangat seimbang. Kurang kokurikulum, kurang akademik. Seimbang kan?? Haha. Tapi buat masa sekarang sangat seimbang. Ada Suksis untuk release tension aku. Hehe.
9) Elakkan gangguan emosi
Gangguan emosi sering berlaku kat aku. Lagi-lagi bila aku tengok gambar mama, papa aku. Pastu aku mula carik video adik aku. Dan dengar lagu-lagu waktu aku belajar dulu. Serius, setiap minggu emosi aku terganggu. Tapi aku gelak setiap hari untuk cover gangguan tu. Hehe
10) Belajar ikut rentak sendiri
Rentak sendiri. Memang pun, sebab aku punya cara belajar lain dengan orang lain. Amat pelik, aku akan study dulu, tengok soalan, study dan baru buat latihan. Aku akan tinggalkan latihan jika aku mengantuk. Tapi aku tak akan tinggalkan latihan walaupun aku tak dapat buat. Aku akan jalan-jalan cari kawan yang tau buat. Hehe. Pelik tak?
11) Kurangkan kerja rumah tangga
Memang aku reduce pun benda ni. Basuh baju seminggu sekali je. Makan sehari sekali. Tidur 5 ke 6 jam je. Dan meja belajar aku bukan macam meja belajar, macam sarang tikus. Banyak gila kertas. Haish. Tapi baru je kemas tadi. Nampak kemas la sikit. Tapi tak tahu lah berapa lama boleh bertahan. Tengok je lah nanti. Hehe.
Kesimpulannya, setiap orang ada cara tersendiri macam mana nak belajar kan? So, terpulang pada individu masing-masing nak belajar macam mana dan grab apa yang kita impikan. Hehe. Okay, sekian dari saya yang lack of ilmu lagi. Maaf jiak tak dapat membantu. :)
1 comment:
tension siapkan essaimen x hilang lagi...x blh nak concentrate study laa
Post a Comment