31 December 2011

Akhir Tahun 2011

Assalamualaikum wbt.

Apa yang ada pada akhir tahun 2011 ni pada aku. Macam-macam yang aku alami. Macam-macam perasaan aku rasa. Okay, lets story..!! 2011, banyak perkara dan kenangan manis dan pahit aku rasa. Okay, dimulakan cerita dengan pada awal tahunnya. Kehadiran 2011 dalam hidup kurang dirasai sebab aku masih di matrik. Sebab, mungkin ketika itu, aku hanya berfikir untuk belajar, belajar dan study. Padahal..!! Tak ada masa nak update blog. Okay abaikan.

Awal tahun sangat bermakna kerana awal-awal tahun 2011 aku tahu adik aku and the only my sis masuk tadika buat pertama kalinya. So, aku punya kerisauan amboiiii...padahal dia yang masuk tadika. Aku yang 'gelabah ayam'. Haha. Perasaan? Terkilan sebab aku tak bersama dia. Aku hanya dengar cerita-cerita dari parents aku tentang dia. Tapi, alhamdulillah. Nampaknya dia enjoy sangat masuk tadika. Hehe.

Comel tak kami?

Bulan 4 dalam tahun 2011, aku ambil exam terakhir aku dalam matrik. Haha. Dua je pun exam dalam matrik. Gempak macam banyak kan. Ini best, sebab semester kedua di matrik aku memang pulun habis. Aku tebus apa yang aku tak dapat pada semester pertama. Alhamdulillah, ia membuahkan hasil. Pada pertengahan bulan Mei tu jugak aku dapat result. Dan pada masa itu aku berada di matrik aku bertugas sebagai seorang fasilitator untuk Minggu Pengenalan Pelajar Baru (MPPB). Di ketika ini, aku dapat ramai kawan. Banyak yang aku belajar dari peristiwa tersebut. Dan ketika itu jugaklah aku jumpa kawan baik aku yang kekal sehingga sekarang. Abdullah Hakim dan Asmaa' Zainal Abidin.

Antara gambar yang sempat diambil semasa MPPB

Tinggalkan cerita tadi, kembali dengan perasaan baru. Pada bulan 7 tahun 2011 juga, aku dapat result untuk masuk IPTA. Kali ini perasaan yang berbeza sebab aku sangat kecewa. Apa yang aku impikan, aku tak dapat. Sedih tak sedih jangan ditanya. Kini aku dah pun masuk UMP ni. Kini aku redha apa yang Allah tentukan untuk aku. Walaupun aku tak suka, tapi Allah beri apa yang Dia rasa lebih baik. Sebab Dia lebih tahu dari aku. Dia perancang terbaik, terhebat. Apa sahaja yang diberi pasti ada hikmah yang Dia dan sediakan. Jadi aku redha. Parents aku redha.

Dan disini, Universiti Malaysia Pahang. Aku banyak belajar cara mematangkan diri. Aku lebih berdikari, aku lebih matang, aku boleh buat keputusan sendiri. Pada 4 September 2011, kali pertama aku menjejakan kaki ke alam kampus. Susah tak susah aku kena tempuh, at least aku masuk. Dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang tidak berjaya kan? Alhamdulillah. Kudrat ini memanjatkan kesyukuran. Susah senang, sakit pening aku tempuhnya.

Disini selama 4 bulan aku tempuh banyak benda. Aku ada sahabat yang baik disini. Dan aku tak lupakan sahabat yang telah ada mengisi hidup aku. Cuma, sahabat yang ada kini lebih dekat, lebih memahami. Aku ada kawan sebilik yang baik. Tak lupa pada kawan sebilik di matrik dahulu. Alhamdulillah, kehadiran Nur Fatihah buat hidup ini lebih ceria dan bermakna. Senang dan susah kami bersama. Alhamdulillah. Syukur. Sahabat yang lain juga seperti Ezren Afiqah, Shakira, Shakila dan yang lain aku tak lupakan. Lagi-lagi kawan-kawan Suksis. Hehe. Kalian memang beri kenangan yang manis dalam hidup aku sebagai mahasiswi ini. Aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila.

Sayang kamu <3

16 November 2011, genaplah 19 tahun aku dilahirkan mama tercinta dibesarkan mama dan papa tercinta. Tarikh ini jugalah aku memanjatkan kesyukuran yang teramat kerana aku mampu bernafas dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang ingat akan tarikh ini. Dan jutaan terima kasih kepada mama yang melahirkan dan papa yang membesarkan aku. Tahun ini, agak sedih kerana tidak menyambutnya dengan family tapi aku sangat yakin bahawa doa dari mama dan papa mengiringi aku. Begitu juga aku.

Sayang mama dan papa <3

Hari ini, 31 Disember 2011, orang lain sedang sibuk dengan study week begitu jugak aku. Perasan tak perasan semua pelajar IPTA sibuk nak final exam ni. Tapi...tapi aku ni sibuk demam, selsema dan batuk. Mujur ada kawan-kawan. Alhamdulillah. Terima kasih Akmal Haziq sebab kasi ubat kat aku. Thanks juga pada yang concern kat aku.

Thanks akmal..!! :)

Dan kini, 31 Disember 2011 aku memanjatkan kesyukuran diatas kenikmatan ini. Banyak yang aku dapat pada tahun 2011 ni. Macam-macam la. Jadi sempena kehadiran 2012 esok, aku berharap apa yang jadi pada tahun 2011 ini akan menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup aku. Dan aku sangat berharap 2012 ini menjadi tahun yang lebih banyak mengajar aku erti kehidupan untuk menjadikan aku seorang yang lebih matang dalam berfikir dan kelakuan aku.

Sekian sahaja entry post aku yang terakhir dalam tahun 2011. Selamat Datang 2012. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...