22 December 2011

Anniversary Mama and Papa :)

Assalammualaikum wbt.

Actually 21 Disember 2011 ialah hari berbahagia aku dengan ehem2. Hehe. Sori..maksud aku hari berbahagia mama dan papa aku. Mereka sambut hari perkahwinan yang ke-20. Aku yang excited. Kenapa? Sebab aku rasa aku berbangga mereka kekal sampai umur aku sekarang. Tahun itu melambangkan aku. Hehe.
*bajet nya anak En Kamaruzaman dan Pn Norhayati ni.


Itu tak penting, yang penting ialah aku rasa tak seronok bila aku tak dapat celebrate anniversary mereka tahun ni. Huhu. Apapun, mama, papa, anakmu ini ada sedikit watikah nak disampaikan.

Assalammualaikum mama, papa.
Tahniah kakak ucapkan pada mama dan papa kerana ulangtahun perkahwinan yang ke-20. Alhamdulillah, kita seperti dulu. Mama dengan papa bahagia. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Kakak sentiasa doakan kebahagiaan mama dan papa. Kakak jeles tengok mama dengan papa. Nak macam tu jugak..!! Hehe. Joking. Apapun, terima kasih jugak sebab sepanjang perkahwinan mama dan papa, mama dan papa dapat besarkan kami adik beradik, sekolahkan kami. Pasti banyak yang mama dan papa lalui untuk besarkan kami, beri kami ilmu, makan dan minum. Terima kasih. Kakak bersyukur dengan rezeki ini. Alhamdulillah. Jadi, kakak sentiasa doakan perkahwinan mama dan papa kekal dan kita jadi keluarga yang sangat bahagia di mata sesiapa sahaja dan yang penting keluarga kita bahagia di pandangan ALLAH dan diberkatiNYA.


Suka..!! Nanti insyaAllah kakak balik, kita makan Secret Recipe okay? Kakak belanja. Don't worry. Hehe. Sekian sahaja dari anak-anakmu yang comel ini, FARAH FAZIRA mewakili adik, PUTERI NUR ALEEYA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...